suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Senang betul fitnah?“ - Shaheizy Sam jawab isu persenda bekas adik ipar dalam video tular

Sam tampil jelaskan video yang memfitnah dirinya.

KESAL apabila video lama dijadikan bahan fitnah, pelakon Shaheizy Sam menyelar tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan tuduhan tidak benar mengenai dirinya.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 44, menjelaskan video yang mencetuskan dakwaan kononnya dia mengutuk bekas adik iparnya, Syafiq Azim itu sebenarnya merupakan rakaman siaran langsung tiga tahun lalu.

Kenyataan Sam yang dibuat di Threads.

"Wah, senang betul akhir zaman ini nak fitnah, ya? Siaran langsung promosi filem Polis Evo 3 dari tiga tahun lepas," jelasnya menerusi hantaran di Threads.

Menerusi hantaran sama, Sam turut memuat naik semula perkongsian individu yang didakwa menyebarkan fitnah berkenaan.

Malah beberapa individu bertindak memadam hantaran mereka selepas Sam membuat teguran tersebut secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaheizy Sam tak larang Syatilla Melvin berlakon, fokus keluarga dan bisnes pilihan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: 15 tahun tak bawa watak antagonis, akhirnya Shaheizy Sam jadi jahat

Menurutnya, ketika rakaman itu dibuat, hubungan antara mereka masih dalam keadaan baik malah mereka juga sering bergurau antara satu sama lain.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu menganggap perkara berkenaan sebagai satu ujian buat dirinya dan keluarga.

"Zaman masing-masing suka membahan antara satu sama lain, zaman suami isteri itu masih elok berpelukan mesra lagi dijadikan fitnah, ya?

Sam dan isteri difitnah netizen.

"Inilah dugaan kita semua, baik yang memfitnah mahupun yang difitnah. Semoga Allah jaga hati kita semua," kongsinya.

Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Sam dan Syatilla ketika melakukan siaran langsung sambil mengulas mengenai individu bernama Syafiq.

Salah faham tersebut berlaku susulan kemelut rumah tangga adik iparnya iaitu Syida Melvin yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Artikel Lain