suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah kanak-kanak sudah hilang, ramai salah anggap Khayrisyah Kemal pelakon baharu

Khayrisyah mula berlakon sejak usia sembilan tahun.

WALAUPUN kerjaya seni bermula sejak usia cilik sembilan tahun, pelakon Khayrisyah Kemal tidak kisah kalau dirinya masih dianggap pendatang baharu.

Khayrisyah atau nama sebenarnya Sittee Khayrisyah Nur Kemal, 23, berkata perubahan pada penampilan dan kematangan diri membuatkan orang ramai tidak lagi mengaitkan wajahnya dengan zaman kanak-kanak.

Malah, dia menganggap tanggapan tersebut sebagai satu kelebihan untuk dirinya membina identiti baharu sebagai pelakon dewasa.

Khayrisyah terkenal dengan drama keluarga Iskandar.

“Saya lagi suka orang anggap saya sebagai pelakon baharu sebab penampilan saya sekarang nampak baharu dan segar. Jadi, saya tidak rasa seperti pelakon kanak-kanak lagi.

“Saya rasa itu akan menjadi kekuatan saya berbanding Fimie Don yang wajah kanak-kanaknya masih melekat dan orang masih ingat dirinya dahulu. Jadi, saya bersyukur orang nampak penampilan baharu saya,” katanya.

Dalam pada itu, Khayrisyah yang turut aktif menghasilkan kandungan di media sosial mengakui ada segelintir peminat turut keliru dengan kerjaya sebenarnya sehingga menganggap dia sebagai pempengaruh.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah ramai ‘sangkut’ cerita ini... Misteri siri Viu Original Nafsu buat penonton tak senang duduk

ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup korbankan ‘jambang kapak’ demi watak, Nik Rifaie tak takut ubah imej

Menurutnya, tanggapan itu mungkin timbul susulan trend pihak produksi yang kini turut memberi peluang kepada personaliti media sosial untuk menceburi bidang lakonan.

Jelasnya, dia juga pernah dipandang sebagai pempengaruh yang mencuba nasib dalam bidang lakonan sebelum kemampuan sebenarnya dinilai selepas berada di hadapan kamera.

“Kadang-kadang saya dilabel sebagai pempengaruh dan orang anggap lakonan saya tidak bagus. Sebelum mula penggambaran, ada yang bertanya siapa saya dan sama ada saya seorang pempengaruh.

"Tapi selepas melihat saya berlakon, mereka terkejut kerana tidak menyangka saya boleh membawa watak dengan baik.

Khayrisyah dianggap sebagai pempengaruh hanya kerana aktif di TikTok.

“Jadi, kadang-kadang berlaku kekeliruan kerana sebenarnya saya sudah berlakon sejak kecil,” ujarnya.

Tambahnya, seseorang pelakon tidak seharusnya hanya bergantung kepada satu platform untuk kekal dikenali, sebaliknya perlu memanfaatkan media sosial bagi mengekalkan hubungan dengan peminat.

Katanya, keaktifan di media sosial juga menjadi antara faktor yang membuatkan pihak industri lebih mudah mengenali seseorang artis, selain membantu mereka kekal relevan dalam perhatian umum.

"Dalam industri pun orang tengok pengikut media sosial juga jadi kalau aktif di media sosial senanglah orang nak kenal sebenarnya. Ada orang anggap saya pempengaruh pun sebab tak pernah nampak saya di televisyen," kongsinya.

Artikel Lain