GANGGUAN perkhidmatan Microsoft Outlook di seluruh dunia menyebabkan puluhan ribu pengguna gagal mengakses e-mel masing-masing pada pagi Jumaat waktu Malaysia.Menurut Microsoft, pihaknya sedang bekerja keras untuk mengurangkan kesan gangguan itu yang turut dipercayai menjejaskan beberapa produk lain syarikat berkenaan, termasuk perkhidmatan Microsoft 365 Microsoft memaklumkan sebahagian daripada infrastrukturnya sedang mengalami 'peningkatan beban trafik' yang dipercayai menjadi punca kepada masalah sambungan. Syarikat itu berkata pihaknya akan mula mengagihkan semula trafik bagi membantu mengimbangi beban tersebut.“Kami sedang giat mengambil segala langkah yang boleh untuk mengurangkan kesan gangguan ini,” tulis akaun Microsoft 365 Status menerusi platform X.Dalam pada itu, tinjauan mStar di media sosial mendapati pengguna perkhidmatan berkenaan di Malaysia turut terjejas sehingga menyebabkan kerja-krja mereka tergendala.Gangguan perkhidmatan menyebabkan ramai pekerja gagal mengakses email masing-masing. -Gambar hiasan AINamun apa yang melucukan, ramai yang menzahirkan rasa syukur apabila pagi Jumaat mereka lebih tenang tanpa sebarang gangguan dan urusan kerja."Terima kasih kerana memberikan kami Jumaat yang tenang. Tolong ambil lebih masa untuk selesaikan masalah ini selepas 6 petang."Tidak perlu tergesa-gesa pasukan Microsoft. Pergilah berehat. Kamu sudah bekerja keras sepanjang tahun ini. Ikhlas daripada kami pengguna di Malaysia."Saya bekerja menggunakan Microsoft Outlook. Tolong ambil lebih masa untuk baiki isu ini, tak perlu bergegas," tulis beberapa individu.Bagaimanapun, ada yang turut meluahkan kekecewaan kerana mereka perlu menggunakan perkhidmatan berkenaan untuk urusan penting."Ini dah tak kelakar. Outlook sangat penting untuk urusan kerja saya. Jom kita cari jalan penyelesaiannya."Malangnya saya dah sampai di tempat kerja. Dan saya boleh sahkan Outlook memang tak boleh digunakan sekarang."Mungkin ada betulnya juga cakap-cakap orang tentang kemungkinan gangguan Internet global yang bakal berlaku," tulis netizen.