BINTANG realiti dan usahawan kosmetik Kylie Jenner berdepan saman daripada bekas pembantu rumahnya yang mendakwa mengalami pelbagai layanan buruk termasuk terperangkap dalam almari selama lebih sejam sehingga mengalami serangan panik.Bekas pekerja dikenali sebagai Dinora Carolina Cabria Amaya mendakwa dia turut digigit anjing peliharaan selebriti berusia 29 tahun itu selain mengalami kecederaan pada mata akibat terkena semburan lada ketika menjalankan tugas. Menurut laporan, Amaya memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Los Angeles, California pada 5 November lalu dengan menamakan Jenner, syarikat miliknya serta dua kakitangan lain sebagai defendan.Banyak perkara yang dilakukan Jenner terhadap bekas pembantu rumahnya. Dalam dokumen mahkamah, Amaya yang mula bekerja dengan Jenner pada Mac 2025 turut mendakwa tidak menerima bayaran kerja lebih masa serta tuntutan perjalanan meskipun perlu bekerja di beberapa kediaman milik selebriti tersebut.Dia mendakwa diberhentikan kerja pada 6 Februari lalu selepas membangkitkan isu pembayaran gaji, tuntutan perjalanan dan layanan yang diterima sepanjang tempoh perkhidmatannya.Susulan itu, Amaya menuntut pampasan atas kehilangan pendapatan, tekanan emosi serta pelbagai kerugian lain yang didakwa berpunca daripada tindakan pihak majikannya.ARTIKEL BERKAITAN: Bergelar ibu di usia muda, Kylie Jenner derita kemurungan selepas bersalinARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Kylie Jenner dan Timothee Chalamet didakwa berakhir, ramai buat spekulasi palsu Bagaimanapun, peguam Jenner iaitu Michael Rhodes menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan saman berkenaan sebagai tidak berasas selain menegaskan pihaknya akan mempertahankan kes itu di mahkamah.Untuk rekod, saman tersebut merupakan kes keempat difailkan oleh bekas pekerja kediaman Jenner dalam tempoh tujuh bulan, dengan beberapa kes terdahulu melibatkan dakwaan diskriminasi, gangguan di tempat kerja dan pemecatan tidak adil.