suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terdesak berubat anak meragam, wanita terkedu perawat Islam minta ‘pengeras’ hampir RM800... Sesi rawatan tak sampai 20 minit!

Perawat lazimnya akan membacakan doa tertentu bagi merawat gangguan. -Gambar hiasan AI

HASRAT seorang wanita mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam bagi membantu merawat anaknya yang kerap menangis pada waktu malam bertukar menjadi pengalaman tidak dilupakan.

Mana tidaknya, wanita itu mendakwa perawat berkenaan mengenakan bayaran yang tidak munasabah ketika melakukan sesi rawatan di kediamannya.

"Anak aku menangis malam-malam, cuba panggil orang yang buat perawatan Islam. Settle je kerja dia total bayar RM786. Normal ke harga tu? Atau aku kena tipu? 

"Kalau kena dekat orang yang tak ada duit macam mana?" luahnya.

Mendapatkan rawatan alternatif adalah ikhtiar yang dilakukan untuk menyembuhkan penyakit. -Gambar hiasan AI

Wanita itu turut mendakwa perawat berkenaan hanya membaca beberapa bacaan ringkas sebelum mengelilingi rumahnya.

Katanya, keseluruhan proses rawatan tersebut selesai dalam tempoh kira-kira 20 minit.

Malah dia menjelaskan sudah bertanya lebih awal mengenai jumlah bayaran di atas perkhidmatan rawatan, namun perawat berkenaan hanya memaklumkan ia akan ditentukan selepas melihat keadaan rumahnya terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Betul ke ustaz tahu kita tak normal?” - Takut aib terbuka, pemuda gelisah perawat alternatif ‘scan’ sisi gelap kehidupan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sakit kepala lain macam, 10 tok bomoh kata kena sihir… Anak-anak makin terkejut lepas jumpa perawat ke-11

"Urgent nak berubat, anak meragam dah lebih tiga hari. Tak tahu pula kena 'hentak' harga macam ini.

"Rasa macam banyak sangat keluar duit. Boleh report ke ye benda-benda macam ini? Serius nak tahu. Rasa terkilan sangat lepas bayar," luahnya. 

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya rata-rata berpendapat kadar bayaran perkhidmatan dikenakan sememangnya agak tinggi dan tidak munasabah.

  • Seorang wanita mendapatkan khidmat perawat Islam untuk merawat anaknya yang kerap menangis pada waktu malam.
  • Wanita itu mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM786 bagi sesi rawatan di rumahnya.
  • Rawatan tersebut hanya mengambil masa kira-kira 20 minit dengan sesi rawatan ringkas.
  • Dia rasa terkilan selepas membayar caj yang agak tinggi.
  • Netizen menasihatkan orang ramai supaya memastikan perawat mempunyai kelayakan dan reputasi yang baik.

Malah ada yang menasihatkan supaya mana-mana individu untuk membuat carian terlebih dahulu bagi memastikan mereka mendapatkan perkhidmatan daripada perawat diyakini serta mempunyai reputasi baik. 

"Kena scammed dah. Penunggang sungguh.

"Silalah pastikan orang itu betul-betul pengamal perubatan berdaftar atau bertauliah.

"Saya selalu jumpa yang kenakan bayaran seikhlas hati. Tak ada tetapkan harga," komen netizen. 

Artikel Lain