Tangkap layar foto menunjukkan kedudukan CCTV yang dipasang di homestay terbabit (gambar kiri) dan juga bukti perbualan bersama pemilik premis berhubung isu dibangkitkan penyewa. -Threads
MENYEWA di inap desa atau homestay pastinya menjadi pilihan buat mereka yang mempunyai keluarga yang besar di samping menikmati ruang peribadi tanpa gangguan.Namun lain pula ceritanya bagi sebuah keluarga ini apabila terpaksa berdepan situasi kurang menyenangkan apabila homestay yang disewa dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di bahagian ruang tamu rumah. Penyewa terbabit mendakwa dia dan keluarga menyedari kewujudan kamera tersebut sebaik sahaja mendaftar masuk ke inap desa berkenaan di Raub, Pahang."CCTV dalam rumah terus! Lain macam homestay ini. Harap pemilik homestay lain tak buat macam ini," tulis individu berkenaan sambil berkongsi foto kedudukan kamera yang dipasang di penjuru siling ruang tamu.Pemilik premis mendakwa kamera pada CCTV yang digunakan di ruang tamu sudah dinyahaktifkan sebelum penyewa masuk. -Gambar hiasan AIMenerusi hantaran dimuat naik di Facebook, penyewa itu memaklumkan situasi berkenaan memaksa ahli keluarga wanita menutup aurat sepanjang berada di ruang tamu kerana bimbang kamera merakam pergerakan mereka.Malah perkara itu turut disuarakan terus kepada pemilik homestay dengan tangkap layar bukti perbualan mereka juga dimuat naik dalam hantaran sama."Boleh saya cadangkan sesuatu? Saya rasa tidak sepatutnya ada sebarang CCTV di dalam rumah seperti di ruang tamu demi hak privasi tetamu. Pasang satu di bahagian anjung (porch) sudah memadai."Isteri dan anak-anak perempuan saya terpaksa memakai tudung di ruang tamu kerana kami tahu CCTV itu sedang aktif," tegur penyewa tersebut menerusi mesej WhatsApp kepada pemilik premis.ARTIKEL BERKAITAN: Niat ‘stalk’ Facebook bongkar kes curang! Pengusaha ‘homestay’ akhirnya tahu sebab pelanggan tempah separuh hariARTIKEL BERKAITAN: Penyewa rimas ‘kaum kerabat’ pemilik homestay sibuk berkampung dekat kolam, siap buat makan-makan... Percutian 3 hari terganggu!Bagaimanapun, tuan rumah terbabit mempertahankan diri dengan mendakwa kamera berkenaan sudah dimatikan sebelum ketibaan tetamu."CCTV di dalam berada dalam mod tidur (sleep mode) sebelum anda mendaftar masuk. Bagi tetamu yang menempah keseluruhan rumah, kami akan matikan CCTV tersebut."Adakah anda nampak lampu biru pada CCTV itu? Kalau lampu biru menyala bermakna ia aktif, tetapi semasa anda daftar masuk tiada lampu bermaksud ia dimatikan," jelas pemilik berkenaan.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib penyewa terbabit selain membangkitkan persoalan sama ada tindakan memasang CCTV di ruang tamu homestay menyalahi undang-undang di Malaysia.Sebuah keluarga tidak selesa apabila homestay yang disewa di Raub, Pahang dipasang CCTV di bahagian ruang tamu.Isteri dan anak-anak perempuan penyewa terpaksa bertudung di ruang tamu kerana menyangka kamera itu sedang aktif.Pemilik premis mendakwa CCTV tersebut sudah diletakkan dalam mod tidur sebelum tetamu mendaftar masuk.Pemasangan kamera di dalam rumah melanggar polisi platform tempahan seperti Airbnb dan akaun pemilik boleh disekat.Merakam tetamu tanpa notis dan kebenaran dalam sewaan komersial adalah salah di bawah Seksyen 6 dan 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Ringkasan berita ini dijana oleh AITurut menyuarakan pandangan sama ialah seorang pengusaha inap desa yang menjelaskan bahawa pemasangan kamera di ruang dalaman kediaman melanggar garis panduan platform tempahan secara terang-terangan."Saya pengusaha Airbnb juga dan Airbnb ada peraturan. CCTV boleh dipasang di bahagian luar sahaja, itu pun kena nyatakan di dalam maklumat keterangan (description)."Kalau dilaporkan kepada pihak Airbnb, memang tuan rumah akan disekat (banned)," tegasnya.Sementara itu, seorang lagi warga maya menjelaskan pemilik premis boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang negara sekiranya merakam tetamu tanpa kebenaran dalam urusan sewaan komersial."Lapor sahaja. Dari sudut undang-undang Malaysia, jika rakaman boleh mengenal pasti tetamu dalam urusan sewaan komersial, ia tertakluk di bawah Seksyen 6 dan 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)."Kemudian, kalau homestay persendirian itu disyaki beroperasi tanpa lesen, buat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dahulu. Biar 'melingkup' homestay dia kalau tak berdaftar," ujarnya.Untuk rekod, Seksyen 6 akta berkenaan memperuntukkan Prinsip Am yang melarang mana-mana pihak memproses atau merakam data peribadi termasuk imej dan suara pelanggan dalam transaksi komersial tanpa mendapat persetujuan daripada individu terbabit terlebih dahulu.Di bawah Seksyen 7 pula, pemilik premis diwajibkan memberi notis bertulis yang jelas mengenai kewujudan kamera litar tertutup serta tujuannya sebelum tempahan dibuat.Kegagalan mematuhi peruntukan terbabit boleh membawa kepada denda sehingga RM300,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.