SEORANG lelaki berusia 38 tahun ditahan pada Selasa kerana disyaki mencekik dan melemaskan ibu mentuanya di dalam tab mandi di kediaman wanita itu pada Mac lalu.Suspek, Yoshikazu Tanba, dipercayai menyerang Kayoko Nakajima, 64, antara pukul 9.30 malam hingga 11 malam pada 18 Mac. Kes itu terbongkar keesokan paginya apabila seorang jiran menghubungi polis selepas menyedari lampu rumah mangsa di Kampung Nishihara, wilayah Kumamoto, Jepun, masih terpasang sejak malam sebelumnya.Berdasarkan laporan, jiran itu turut menekan loceng pintu rumah berkenaan, namun tiada sesiapa yang menyahut.Perasaan curiga tersebut mendorong dia menghubungi polis dan pihak berkuasa.Susulan itu, anggota polis yang tiba di lokasi menemukan mangsa yang merupakan pekerja penjagaan di dalam tab mandi dengan keadaan mukanya terendam.Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kekurangan oksigen susulan tekanan pada leher dan lemas.Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan pernah berselisih faham dengan ahli keluarganya. Malah dia juga pernah mendaftarkan nombor telefonnya dalam sistem panggilan kecemasan 110 kerana bimbang suspek akan datang ke rumahnya.Mengulas lanjut, polis berkata, suspek dikenal pasti selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di jalan berhampiran rumah mangsa dianalisis.Tambahnya, susulan penahanan suspek hanya memaklumkan "saya tiada apa-apa untuk dikatakan". -Agensi