suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua sahabat meninggal dunia selang setahun, Dinie Rashid murung sampai tak keluar bilik

Dinie pernah mengalami fasa kemurungan teruk.

KEHILANGAN dua sahabat terdekat meninggalkan kesan cukup mendalam buat penyanyi Dinie Rashid sehingga dia mengalami fasa kemurungan teruk.

Kata Dinie atau Muhammad Dinie Abdul Rashid, 34, situasi rakan menghembuskan nafas terakhir di pangkuannya membuatkan dia berasa sedikit trauma.

“Tahun 2022 rakan serumah yang banyak beri sokongan meninggal dunia akibat masalah jantung. Saya sempat beri bantuan pernafasan. Dia meninggal di pangkuan saya.

Dinie pernah menerima  rawatan pakar psikiatri.

“Setahun kemudian seorang lagi rakan saya sejak kecil meninggal dunia. Meninggal dunia di rumah yang sama. Sebab itu saya rasa sangat sedih.

“Rasanya selama setahun saya banyak berkurung dalam bilik sendiri,” katanya.

Dinie ditemui ketika pelancaran lagu baharunya berjudul Jangan Mati Di Sini yang juga menjadi runut bunyi filem Takdir Terakhir: Last Dive.

ARTIKEL BERKAITAN: Dinie Rashid dituduh tipu status OKU, guna alasan untuk raih simpati - “Saya tak dilahirkan begini, hilang nikmat penglihatan umur 9 tahun”

ARTIKEL BERKAITAN: Dinie Rashid tak selesa disokong kerana simpati - “Biarlah kekurangan saya jadi inspirasi saja”

Susulan kemurungan yang dialami, Dinie mendapat rawatan pakar psikiatri namun dimaklumkan dia tidak berdepan sebarang masalah serius.

“Saya berjumpa terapis dan psikiatri. Namun tidaklah didiagnosis sebarang masalah serius. Cuma diberitahu terlalu sedih sampai murung.

“Doktor nasihatkan saya untuk buat perkara yang biasa dilakukan. Ketika fasa murung, saya memang tak berani naik atas pentas,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Dinie juga kini kembali aktif menyanyi selepas lima tahun mengambil tempoh rehat.

Dinie kini kembali aktif menyanyi selepas lima tahun berehat.

Dia sebelum ini memperlahankan kerjaya seni sebab mahu memberi fokus kepada pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Bila dah tinggalkan kerjaya seni sekejap bukan senang nak masuk semula.

“Kemudian berlaku pula kehilangan rakan. Sebab itu saya menyepi,” kongsinya.

Artikel Lain