PELAWAK Amir Raja Lawak kini dilaporkan sudah ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Kota Bharu, Kelantan selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.Perkembangan itu disahkan oleh rakannya yang juga pelakon, Lando Zawawi atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi, 51. "Semalam waktu saya keluarkan kenyataan itu, dia masih menunggu katil dekat ICU. Lepas itu malam semalam saya dengar dia dah masuk dan sudah ditidurkan. Itu saja setakat saya tahu," katanya ketika dihubungi mStar.Lando harap orang ramai doakan kesihatan Amir.Berkongsi lebih lanjut, Lando berkata Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 37, sememangnya mempunyai sejarah penyakit asma sejak kecil.Bagaimanapun, keadaan kesihatan pelawak itu mula merosot sejak beberapa hari lalu."Sebenarnya dia mula sakit tiga atau empat hari lepas. Saya pun ada juga kongsi masalah kesihatan dia di media sosial sebelum ini tetapi dia minta saya padam.ARTIKEL BERKAITAN: Kesihatan Amir Raja Lawak membimbangkan, bakal dimasukkan ke ICU... Lando mohon doa orang ramaiARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak tak malu jual kotak, besi buruk... Tegur individu terlalu berharap sumbangan"Dia memang jenis orang yang tak mahu orang tahu tentang keadaan dirinya sehinggalah ibu dia hubungi saya dan minta semua orang doakan."Kalau tidak, dia memang tak nak orang tahu. Dia seorang yang suka berahsia tentang perkara macam ini,” ujarnya.Dalam pada itu, Lando memaklumkan keluarga Amir berharap orang ramai dapat terus mendoakan kesembuhan pelawak berkenaan selain memberi ruang kepada mereka untuk menghadapi situasi sukar itu.Amir mempunyai masalah asma sejak kecil."Kita doakan yang baik-baik buat dia sebab keluarga pun minta ruang," katanya.Sebelum ini, Lando memaklumkan Amir sedang menunggu giliran untuk mendapatkan tempat di ICU bagi mendapatkan rawatan susulan masalah kesihatan yang dialaminya.