SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh tunangnya sendiri gara-gara sifat terlalu mengongkong serta obsesif.Jack Johns, 53, didapati bersalah sewaktu perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Leeds Crown Court, England pada Isnin. Hakim Tom Bayliss KC menyifatkan lelaki itu sebagai obsesif, terlalu mengongkong, dominan, tidak stabil dan terlalu berbahaya.Johns turut diperintahkan menjalani hukuman penjara minimum 29 tahun sebelum layak dipertimbangkan untuk pembebasan.Mangsa dikenali sebagai Gosia yang berusia 51 tahun dibunuh pada 11 Jun tahun lalu, kira-kira enam bulan selepas mereka mula bercinta.Menurut pendakwa raya, Geraldine Kelly KC, Johns pada awal hubungan menunjukkan sikap terlalu romantik sehingga membuatkan Gosia tidak selesa.ARTIKEL BERKAITAN: Undangan jamuan rupanya helah... Pemandu teksi bunuh isteri, 6 ahli keluarga mentua gara-gara masalah rumah tanggaMereka bertunang selepas tiga bulan bercinta, namun mangsa merasakan hubungan itu terlalu tergesa-gesa.Gosia pernah mengadu dengan mendakwa Johns terlalu mengongkong, termasuk memerhatikan mesej telefon yang dihantarnya kepada orang lain dan mengkritik pakaian yang dipakainya.Rakan sekerjanya turut menyedari perubahan sikap Gosia yang sebelum ini ceria tetapi menjadi lebih pendiam dan murung.Pada 11 Jun, polis menemukan Gosia tidak bernyawa di kediamannya selepas rakan sekerja menghubungi anaknya, Gracjan, kerana mangsa tidak hadir bekerja.Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan pada tengkorak dan kesan tikaman.Mahkamah turut dimaklumkan bahawa Johns pernah melakukan jenayah terhadap dua bekas teman wanitanya pada 2006 dan 2016. -Agensi