suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki pukul budak hingga maut, berang mangsa bakar mercun dekat anaknya

Mercun sememangnya sinonim dengan musim perayaan. -Gambar hiasan AI

SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas dipercayai dipukul menggunakan batang besi oleh seorang lelaki berusia 42 tahun, dalam kejadian pada Isnin.

Kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran yang tercetus tentang mercun antara mangsa dengan anak lelaki suspek yang juga masih bawah umur.

Menurut laporan Agensi Berita Press Trust of India (PTI) yang memetik sumber polis, suspek bertindak menyerang mangsa selepas kanak-kanak itu membakar mercun berhampiran anak lelakinya.

Pertengkaran antara kedua-dua kanak-kanak itu kemudian semakin tegang sehingga mencetuskan pergaduhan.

Insiden berlaku di Punjabi Basti, kawasan Anand Parbat, Baljeet Nagar, India.

Polis memaklumkan suspek kemudian keluar dari rumahnya sebelum mengambil sebatang batang besi dan menyerang mangsa.

Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Lady Hardinge.

Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Susulan kejadian, sepasukan anggota dari Balai Polis Anand Parbat bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

Polis kemudian menahan suspek serta seorang lagi kanak-kanak bawah umur yang dipercayai terlibat dalam pertengkaran awal sebelum insiden berdarah itu berlaku.

Siasatan tertumpu kepada kedua-dua individu berkenaan selain meneliti kronologi kejadian bagi mengenal pasti punca pertengkaran itu bertukar menjadi serangan maut.

Polis turut mengambil keterangan saksi serta mengumpul bukti lain bagi membantu siasatan.

Setakat ini, kedua-dua individu yang ditahan masih dalam siasatan pihak berkuasa. -Agensi

Artikel Lain