suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan salahkan guru saja! Ibu bapa tak boleh lepas tangan, kena ambil tahu hal anak di sekolah

ISTIMEWA dalam episod terbaharu Vodcast Kenot Brain, dua tetamu iaitu Ketua Eksekutif Sektor Pengurusan Penyampaian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Dr. Rosdy Wahid dan Noor Baizura Khalid yang mewakili ibu bapa berkongsi pandangan mengenai isu kesejahteraan dan keselamatan murid di sekolah.

Menerusi sesi bual bicara dikendalikan hos Ajak Shiro, kedua-dua panel membincangkan pelbagai perkara berkaitan persekitaran persekolahan yang selamat serta peranan setiap pihak dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa terpelihara.

Menurut Rosdy, Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 turut memberi perhatian kepada perancangan pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai sahsiah dan jati diri yang baik.

Katanya, usaha membentuk generasi masa depan bukan hanya terletak di bahu guru, sebaliknya memerlukan kerjasama ibu bapa serta masyarakat sekeliling.

Jelasnya, setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan anak-anak membesar dalam persekitaran yang positif, sekali gus membantu mereka menjadi insan yang lebih baik pada masa hadapan.

Sementara itu, Baizura turut berkongsi pengalamannya membesarkan tiga orang cahaya mata yang masing-masing mempunyai karakter dan melalui fasa perkembangan berbeza.

Katanya, komunikasi yang baik antara ibu bapa dan anak penting bagi membina kepercayaan, sekali gus membolehkan anak-anak berasa selesa untuk berkongsi masalah atau perkara yang mengganggu fikiran mereka.

Malah, Baizura mengakui tidak membiasakan diri bercakap buruk mengenai guru di hadapan anak-anak kerana mahu mendidik mereka supaya sentiasa menghormati pendidik yang mencurahkan ilmu.

Baginya, sikap saling menghormati antara ibu bapa dan guru amat penting dalam membentuk keperibadian anak-anak, selain memastikan mereka memahami peranan guru dalam mendidik serta membimbing murid di sekolah.

Pelbagai perkongsian menarik mengenai cabaran mendidik anak-anak, kepentingan komunikasi dalam keluarga serta usaha mewujudkan persekitaran persekolahan yang selamat dibincangkan menerusi episod kali ini.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi