suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dedah cerita dalam podcast, Tony Eusoff kata hak peribadi tapi perlu bersedia tanggung kesan

PELAKON Tony Eusoff berpandangan individu yang berkongsi pengalaman peribadi sehingga boleh menjejaskan reputasi badan berkuasa menerusi podcast perlu bersedia menanggung sendiri kesan daripada tindakan tersebut.

Menurut Tony, 49, setiap individu mempunyai hak untuk berkongsi pengalaman masing-masing, namun mereka juga perlu sedar akan implikasi yang mungkin timbul susulan kenyataan yang dibuat kepada umum.

Katanya, setiap individu perlu bijak mempertimbangkan kesan daripada perkongsian mereka, terutama apabila melibatkan pihak lain atau institusi tertentu.

“Terpulang kepada individu itu sendiri, siapalah saya untuk menilai?

“Kalau individu itu boleh mengendalikan kesan daripada apa yang dia cakap selepas itu, pandai buat, pandailah tanggung,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Tony pernah menjalani hukuman penjara di Singapura pada 2016 selepas didapati bersalah atas kesalahan memiliki dadah.

Pelakon itu menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai detik hitam yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupnya.

Malah, Tony mengakui perbuatannya ketika itu merupakan antara tindakan paling bodoh yang pernah dilakukannya dalam kehidupan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi