suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zarif Ghazzi pegang prinsip jaga nama baik keluarga, populariti satu tanggungjawab

NAMA pelakon Zarif Ghazzi antara bakat baharu yang semakin mencuri perhatian dalam industri perfileman tanah air sepanjang tahun 2026.

Menerima tawaran menjayakan pelbagai projek baharu, Zarif atau Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22, menganggap setiap peluang yang diberikan sebagai rezeki dan amanah yang perlu dijaga sebaik mungkin.

Menurut Zarif, dia percaya setiap usaha dan pengorbanan dalam pekerjaan akan membuahkan hasil serta membawa keberkatan.

"Saya percaya semakin penat sesuatu pekerjaan yang kita lakukan, semakin berkat hasilnya.

"Sudah tentu apa yang saya peroleh sekarang merupakan satu tanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila semakin dikenali ramai," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zarif turut menzahirkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan serta nasihat sepanjang perjalanan kerjayanya.

Ujar pelakon itu, dia berhasrat untuk terus menjadi diri sendiri selain memastikan nama baik keluarga sentiasa terpelihara.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi