PENDAKWAH bebas, PU Riz mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa memfitnahnya menerusi satu hantaran di platform media sosial, Threads.Tindakan itu diambil susulan individu berkenaan didakwa melabelkan PU Riz atau Haris Ismail, 31, sebagai ‘penunggang agama’, sekali gus menjejaskan reputasinya sebagai pendakwah yang mempunyai kelayakan serta tauliah mengajar agama. Haris diwakili wakil peguamnya, Faizal Rahman yang memaklumkan pihaknya sudah menyerahkan surat tuntutan (LOD) kepada individu terbabit pada Khamis.Riz (kanan) bersama peguam sudah hantar notis tuntutan kepada pemfitnah pada Khamis.Menurut Faizal, hantaran berkenaan mempunyai capaian meluas apabila meraih kira-kira 2 juta tontonan ketika tindakan undang-undang mula diambil sebelum meningkat kepada 9.2 juta capaian.“Label ‘penunggang agama’ ini amat berat. Apabila gelaran tersebut dilemparkan kepada seseorang yang terbukti mempunyai kelayakan dan tauliah mengajar agama, ia merupakan satu fitnah yang serius dalam masyarakat.“Akaun Threads tersebut mempunyai capaian yang meluas. Sewaktu tindakan diambil, tontonannya mencecah lebih 2 juta dan kini sudah mencapai kira-kira 9.2 juta capaian. “Pihak kami perlu menyekat perkara ini agar fitnah tidak terus berleluasa. Surat tuntutan (LOD) telah diserahkan semalam (Khamis) melalui e-mel dan WhatsApp, dan kedua-duanya telah pun diterima oleh individu berkenaan,” katanya kepada media. ARTIKEL BERKAITAN: PU Riz nafi tiket wayang ganti bayaran peserta... “Kami mahu selesaikan dengan telus dan adil“ARTIKEL BERKAITAN: Netizen berang! Neelofa & PU Riz batal acara agama, tiket penyertaan ‘ditebus’ dengan produkFaizal berkongsi perkara itu pada sidang media khas yang diadakan di pejabat Faizal & Co, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat. Dalam pada itu, Faizal bagaimanapun memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada individu terbabit, malah hantaran berkenaan juga belum dipadamkan.Jelasnya, pihaknya turut menetapkan beberapa tuntutan termasuk pembayaran pampasan ganti rugi berikutan reputasi anak guamnya sudah terjejas akibat dakwaan berkenaan.Gelaran penunggang agama daripada pemfitnah menjejaskan reputasi Riz.“Sehingga kini belum ada sebarang maklum balas dan hantaran tersebut masih belum dipadamkan. Kami menetapkan beberapa syarat termasuk pampasan ganti rugi kerana kerosakan reputasi telah pun berlaku. “Lima tuntutan yang kami beri adalah untuk menurunkan dan memadamkan hantaran yang dimuat naik, berhenti berkongsi sebarang hantaran berkaitan, memberi jaminan untuk tidak mengulangi lagi perkongsian berkaitan ini.“Selain itu, individu itu juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan sebanyak RM1 juta,” katanya. Sebelum ini, timbul kontroversi apabila acara membabitkan Neelofa dan Haris yang dijadualkan berlangsung di Johor pada 24 Oktober lalu dibatalkan.Susulan pembatalan, penganjur iaitu syarikat Nunha milik pasangan itu didakwa menawarkan penebusan semula bayaran peserta bukan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya melalui produk seperti tiket wayang TGV, kredit kedai dan pakaian.Perkara itu mencetuskan kekecohan serta kemarahan netizen, sekali gus mengundang salah faham apabila terdapat pihak yang didakwa mengambil kesempatan memanipulasi isu berkenaan sehingga mencetuskan penyebaran fitnah.