suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakai tudung kotor, kepala berkutu... Guru pertikai ibu bapa beri alasan ‘tiada masa’ jaga penampilan anak ke sekolah

Kebersihan dan kekemasan anak wajar diutamakan oleh setiap ibu bapa sebelum dihantar ke sekolah. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan penampilan dan kelengkapan anak ke sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.

Namun segelintir daripada mereka masih kurang cakna dan acap kali mengabaikan perkara itu atas faktor tidak munasabah.

Situasi ini dikongsikan seorang guru sekolah yang kecewa apabila anak muridnya hadir ke sekolah dalam keadaan selekeh seolah-olah dibaikan ibu bapa.

Lebih teruk, tudung murid perempuan juga didakwa kotor dan penuh dengan kesan tompokan hitam dipercayai tidak dibasuh sejak sekian lama.

Segelintir ibu bapa kurang cakna akan kekemasan serta keperluan anak di sekolah. -Gambar hiasan AI

"Ibu ayah, tolong jangan abaikan keperluan anak-anak, hampir hujung tahun masih ada lencana dan tanda nama yang belum dijahit dengan alasan 'tiada masa'.

"Ada juga yang hadir dengan tudung kotor, masalah kutu malah membawa tudung untuk meminta cikgu menjahitnya.

"Cikgu sangat sudi membantu tetapi sampai bila tanggungjawab ibu ayah mahu diserahkan kepada cikgu? 

  • Seorang guru meluahkan rasa kecewa melihat murid hadir ke sekolah dalam keadaan selekeh dan tidak terurus.
  • Antara perkara yang dibangkitkan ialah tudung murid kotor dan lencana serta tanda nama yang masih belum dijahit walaupun hampir hujung tahun.
  • Guru itu mendakwa terdapat ibu bapa yang meminta bantuan guru menjahit tudung anak mereka kerana kekangan masa.
  • Dia menegaskan bahawa guru sedia membantu, namun tanggungjawab menjaga kebersihan anak tidak sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah.

"Jika masa dan kemampuan terhad, pertimbangkan dulu sebelum menambah cahaya mata," katanya.

Turut menyentuh soal tanggungjawab terhadap anak, guru terbabit berkongsi kebimbangan untuk mempunyai cahaya mata ekoran situasi sedemikian.

Jelasnya, anak-anak wajar diberikan kasih sayang dan penjagaan mencukupi tanpa sebarang alasan diberikan oleh ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: “This is what you get!” - Pelajar sekolah swasta mengamuk serang guru dalam kelas guna kapak, siap rekod video POV

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan murid jadi ‘khadam’ cikgu makin berleluasa, suruh ambil pesanan ‘online’ di pondok pengawal - “Dia bagi upah 50 sen”

"Salah satu sebab saya takut nak ada anak ialah kebimbangan saya sendiri, mampukah saya menjaga dan memberikan perhatian yang secukupnya kepada mereka?

"Saya risau tidak mampu memikul tanggungjawab itu dengan baik, sedih melihat anak-anak yang terabai, sedangkan mereka berhak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.

"Sibuk bukan alasan untuk mengabaikan anak sendiri, kebajikan mereka adalah tanggungjawab ibu bapa," katanya.

Artikel Lain