suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak perempuan 8 tahun curi tujuh kotak mainan ‘blind box’... duit ibu melayang RM127, malu pun dapat - “Aku tak pernah ajar!”

Tiada ibu yang mampu menerima hakikat bahawa anak yang dididik penuh kasih sayang akhirnya berani mencuri. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa pastinya mengharapkan anak-anak membesar menjadi insan yang baik, berakhlak mulia dan membanggakan orang tua.

Namun ada kalanya tingkah laku anak yang di luar jangkaan membuatkan ibu bapa terpaksa menanggung malu disebabkan perbuatan mereka. 

Begitulah dirasai seorang ibu apabila mendapat tahu anak perempuannya yang berusia lapan tahun mencuri mainan blind box dari dua buah premis.

"Tak sangka anak yang aku bela dari lahir, sekarang dah lapan tahun umurnya, mencuri mainan blind box dekat dua kedai.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah anak-anak sejak kecil. -Gambar hiasan AI

"Dekat *** lima kotak dia curi, RM20 sekotak, aku bayarlah RM100. Dekat ***** dua kotak, sekotak RM13.80, jumlahnya kena bayar RM27.60," luahnya.

Menurut wanita tersebut, kejadian itu berlaku ketika dia membawa anaknya itu keluar bersama-sama kerana mahu membeli barang. 

"Aku nak beli barang lain, tapi dia buat kerja rembat barang dekat kedai itu. Nasib baik tadi aku masih ada duit, kalau tak ada duit celah mana nak bayar? Gaji lambat lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang malas kerja sampai obes! Lepas curi duit bapa RM300,000, pinjam ah long RM20,000 pula - "Ayah aku manjakan sangat"

ARTIKEL BERKAITAN: RM10,000 dalam ASB lesap, anak remaja senyap-senyap berjoli macam orang kaya! Hati ibu remuk lepas semak penyata akaun

"Ya Allah, sumpah kecewa semua ada. Tak tahulah dari mana dia belajar mencuri. Dia perempuan tau. Mana nak letak muka? Aku tak pernah ajar!" kongsinya lagi.

Wanita itu turut mengakui dia bertindak memukul anaknya menggunakan penyangkut baju sebelum menyuruh kanak-kanak tersebut duduk di luar rumah sebagai hukuman.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.

  • Seorang wanita kecewa apabila anak perempuannya berusia lapan tahun mencuri mainan blind box dari dua kedai.
  • Dia terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM127.60 bagi kesemua mainan yang dicuri anaknya.
  • Dia tidak menyangka anaknya sanggup mencuri dan berasa malu dengan kejadian tersebut.
  • Dia memukul anaknya menggunakan penyangkut baju sebelum menyuruhnya duduk di luar rumah sebagai hukuman.
  • Netizen memberikan pelbagai reaksi namun rata-ratanya menyokong tindakan menghukum anak agar kesalahan sama tidak berulang.

Ada yang bersimpati dengan kekecewaan ibu berkenaan, selain menasihatinya supaya menangani perkara itu dengan tenang.

Namun ada yang menyokong tindakannya 'menghukum' anak agar mereka mengambil pengajaran dan tidak mengulangi perbuatan tersebut. 

"Apa kata sis deal orang kedai dan polis. Minta polis bagi anak pengajaran bahawa sis tak boleh nak tolong dia selamanya.

"Beri hukuman yang betul akan buat dia takut untuk mencuri. Awak bawa pergi balai polis... rasa-rasa dia akan ulang lagi tak?" komen netizen. 

Artikel Lain