PELAKON veteran Hollywood, Patrick Stewart yang terkenal menerusi siri TV, Star Trek dan filem X-Men meninggal dunia pada Rabu (waktu tempatan) di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.Patrick, 86, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit Alzheimer dan demensia. Berita kematian pelakon itu disahkan wakilnya, Kelly Bush Novak yang memaklumkan Patrick melalui perjalanan singkat dan menyentuh hati sebelum menghembuskan nafas terakhir.“Beliau meninggal dunia dalam dakapan penuh kasih sayang keluarga dan sahabat handai, dikelilingi alunan muzik secara langsung, doa, air mata, gelak tawa serta pelbagai emosi mendalam.Patrick terkenal menerusi filem X-Men dan Star Trek.“Sepanjang hayatnya, beliau telah mencurahkan sepenuh pengabdian kepada kami semua.“Kami akan sentiasa mengenang ketenangan pada wajahnya, yang menjadi peringatan abadi terhadap keanggunan dirinya,” katanya.Patrick memulakan kerjaya seni menerusi teater klasik di Britain sebelum mengembangkan bakatnya dalam bidang televisyen dan perfileman.ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon legenda Tim Curry meninggal duniaARTIKEL BERKAITAN: Dolly Parton meninggal duniaNamanya mula mendapat perhatian antarabangsa menerusi watak Kapten Jean-Luc Picard dalam siri Star Trek: The Next Generation yang mula ditayangkan pada 1987.Mendiang turut membawa watak sama dalam beberapa filem francais berkenaan, sekali gus menjadikan karakter itu antara lakonan paling ikonik sepanjang kariernya.Selain itu, Patrick turut dikenali menerusi watak Professor Charles Xavier dalam francais filem X-Men, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pelakon berpengaruh dalam genre fiksyen sains dan adiwira.Sepanjang kariernya, beliau membintangi pelbagai produksi filem, televisyen dan teater, selain dikenali dengan kebolehannya menghidupkan karya-karya Shakespeare di pentas.