suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dolly Parton meninggal dunia

Dolly Parton sah meninggal dunia.

BINTANG muzik country Dolly Parton dilaporkan meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Perkara tersebut diaahkan sendiri oleh ahli keluarganya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu. 

Meskipun tidak mendedahkan punca kematian secara terperinci, Parton sebelum ini pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatannya yang semakin merosot akibat kanser. 

Wakilnya memaklumkan kepada majalah People bahawa satu upacara pengebumian secara tertutup bakal diadakan dalam masa terdekat. 

Parton yang bangkit daripada kemiskinan tegar di Tennessee sehingga menjadi ikon budaya dunia cukup dikenali menerusi deretan lagu hitnya. 

Parton meninggal dunia dipercayai akibat kanser. 

Sepanjang kerjayanya, Parton bukan sahaja menyerlah sebagai penyanyi dengan penghasilan lebih 3,000 lagu, malah turut  membintangi beberapa filem terbitan Hollywood.

Selain kejayaan dalam bidang seni, Parton juga aktif mendermakan jutaan dolar kepada pelbagai badan kebajikan di negeri asalnya dan kawasan sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Taiwan, wanita India ’bercinta’...masing-masing masih berahsia status hubungan

ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan dapat pujian ramai bertindak segera bayar kos rawatan si ‘kembar‘

Dia juga merupakan  seorang ahli perniagaan wanita berjaya menerusi pembukaan taman tema popular Dollywood, perniagaan kosmetik, pakaian haiwan peliharaan, adunan penaik serta perhentian trak.

Sepanjang hayatnya, Parton telah memenangi 10 Anugerah Grammy dan 13 Anugerah Muzik Country (ACM) atas sumbangan besarnya dalam industri muzik dunia.

 

 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain