suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heboh! Dong-yoon, Seung-yun bakal kahwin Oktober dalam majlis tertutup

Jang Dong Yoon dan Kim Seung Yun bakal berkahwin pada Oktober depan.

DUNIA hiburan Korea Selatan heboh dengan berita gembira pelakon Jang Dong-yoon bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hatinya yang juga pelakon, Kim Seung-yun.

Menurut laporan portal hiburan tempatan, Jang, 34, dan Kim, 28, bakal disatukan dalam sebuah majlis perkahwinan tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat pada Oktober depan.

"Hari ini, saya menulis perkongsian ini kerana ada berita yang ingin saya sampaikan sendiri kepada anda semua. Pada Oktober ini, saya akan berkahwin.

Mereka sudah bercinta sejak lima tahun lalu. 

"Majlis perkahwinan akan diadakan secara sederhana dalam satu upacara ibadah bersama keluarga kedua-dua belah pihak," kata Jang dalam satu hantaran di Instagram. 

Pasangan ini dikhabarkan mula menjalin ikatan mesra selepas bekerjasama dalam sebuah projek drama.

Mereka juga dikatakan berjaya menyembunyikan hubungan cinta berkenaan daripada pengetahuan umum mahupun rakan terdekat sepanjang lima tahun berkenalan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Jang Dong Yoon dah 10 tahun jadi pelajar universiti, berjuang tamatkan pengajian

ARTIKEL BERKAITAN: Jay Park Dipuji Kerana Bersikap Pemurah

"Saya mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan untuk berkahwin dan banyak perkara yang saya fikirkan serta pertimbangkan. 

"Setelah menghabiskan banyak masa bersama, kami semakin mengenali pelbagai sisi diri masing-masing dan melalui proses itu kami menjadi lebih memahami serta menyayangi satu sama lain," ujarnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain