TINDAKAN aktor Salman Khan menghulurkan bantuan segera kepada pelakon lagak ngeri Parvez Kazi mendapat pujian ramai.Menerusi laporan India Today, Salman, 61, bermurah hati untuk menanggung kos rawatan Parvez yang berdepan masalah kesihatan sehingga perlu menjalani pembedahan. Pengurus kepada Parvez yang dikenali sebagai Piyush memberitahu Salman segera menghubunginya apabila mendapat tahu tentang keadaan pelakon berkenaan.Parvez (kiri) antara pelakon lagak ngeri yang sering menjadi body-double buat Salman. Bukan sekadar membayar kos pembedahan, Salman juga memastikan Parvez mendapat rawatan terbaik termasuk proses pemulihan."Dia (Salman) sentiasa ada bersama kami. Salman sudah menganggap Parvez seperti adiknya sendiri dan dia segera memberi bantuan," jelas Piyush.Parvez merupakan pelakon lagak ngeri yang sering menggantikan Salman untuk melakukan babak aksi.ARTIKEL BERKAITAN: Usahawan barang kemas rugi RM1.2 juta, dakwa Salman Khan menipu ARTIKEL BERKAITAN: Salman Khan tak pernah baca skrip, yakin gerak hati pilih tawaran filemKedua-dua mereka sudah bekerjasama dalam banyak filem dan menjalinkan hubungan baik sebagai sahabat.Parvez sebelum ini terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas mengadu kurang sihat.Dia selamat menjalani pembedahan pada bahagian jantung dan kini masih dalam proses pemulihan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube