HANYA menjadikan piza sebagai makanan utama selama lima hari berturut-turut, penerbit muzik Benny Blanco mendakwa berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 2.1 kilogram.Page Six melaporkan, Benny, 38, berkongsi eksperimen tersebut menerusi video di TikTok apabila dia hanya mengambil piza sepanjang tempoh berkenaan. “Saya baru sahaja kehilangan 4.7 paun (2.1kg) dengan memakan piza. Tak ada apa yang penting, buat sahaja apa yang anda mahu,” katanya.Benny dan Selena (kanan) berkahwin pada September tahun lalu.Dalam pada itu, suami kepada penyanyi Selena Gomez itu turut berkongsi rutin pemakanannya sepanjang lima hari berkenaan, termasuk ketika keluar makan malam bersama isterinya di sebuah hotel mewah di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).Menurut Benny, dia tetap membawa piza ke majlis makan malam tersebut, manakala Selena menikmati hidangan lain yang disediakan.Bagaimanapun, pada hari kelima, Benny memaklumkan dirinya berada dalam keadaan baik meskipun hampir menamatkan eksperimen tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez kini sah isteri Benny BlancoARTIKEL BERKAITAN: Peminat desak Selena Gomez minta cerai, tak sanggup tengok sikap pengotor Benny Blanco“Saya sendiri sudah tidak ingat bagaimana kehidupan sebelum saya hanya menikmati piza,” ujarnya.Untuk rekod, Benny dan Selena mendirikan rumah tangga pada 27 September 2025 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di California, AS.Pasangan itu mula menjalinkan hubungan pada Jun 2023 sebelum bertunang pada Disember 2024.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube