suria

Peminat desak Selena Gomez minta cerai, tak sanggup tengok sikap pengotor Benny Blanco

Peminat tidak mahu Selena (kanan) hidup bersama lelaki pengotor.

TINDAKAN suami kepada penyanyi dan pelakon Selena Gomez iaitu Benny Blanco yang menunjukkan tingkah laku dianggap keterlaluan mencetuskan kemarahan dalam kalangan peminat.

Kontroversi itu tercetus selepas Benny, 37, muncul dalam sebuah program terbaharu dan secara terbuka meletakkan kakinya yang kelihatan kotor di atas sofa ketika sesi rakaman sedang berlangsung.

Lebih mengejutkan, Benny turut melepaskan angin ke arah mikrofon dipercayai bagi menguji sama ada bunyi tersebut dapat dirakam dengan jelas.

Netizen jijik melihat perbuatan tidak senonoh Benny.

Rakaman berkenaan pantas tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi negatif, khususnya daripada peminat Selena yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak sopan dan menjijikkan.

"Ini memang perbuatan menjijikkan. Tak tahu macam mana Selena boleh hadap dengan lelaki ini. 

"Kaki dia (Benny) memang kotor dan buat saya rasa loya," tulis netizen. 

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez kini sah isteri Benny Blanco

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez pernah sentap komen netizen, digelar wanita gemuk

Malah, terdapat juga segelintir peminat yang secara terbuka mendesak agar penyanyi lagu Lose You to Love Me itu mempertimbangkan semula hubungannya.

"Selena perlu ceraikan dia dan cari seseorang yang lebih baik," tulis seorang peminat.

Pada 27 September tahun lalu, Selena dan Benny melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di California, Amerika Syarikat. 

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan sejak Jun 2023 sebelum mengikat tali pertunangan pada Disember 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain