PERMOHONAN model bersaiz besar, Tess Holliday untuk mendapatkan insurans nyawa ditolak hanya kerana berat badannya berlebihan dan obesiti.Kecewa dengan perkara tersebut, Tess, 40 berkata dia terkejut apabila dimaklumkan tidak layak menerima perlindungan tersebut kerana berat badannya melebihi 136 kilogram (kg) Tegasnya, dia bukan seorang perokok, tidak mengambil minuman beralkohol dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan serius.Tess anggap dirinya tiada masalah kesihatan serius.“Saya fikir sebagai wanita 40 tahun yang sihat, tak merokok dan tak minum, saya tiada masalah untuk mohon insurans. Rupa-rupanya itu kesilapan saya,” katanya dalam hantaran di TikTok.Dia yang bengang dengan perkara tersebut menyifatkan ia satu bentuk diskriminasi terhadap individu berbadan besar.Tess turut mengkritik sistem kesihatan dan industri insurans yang menurutnya masih mempunyai stigma terhadap golongan berbadan besar.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat desak Selena Gomez minta cerai, tak sanggup tengok sikap pengotor Benny BlancoARTIKEL BERKAITAN: Terbeban dengan permintaan ibu, Shindong pilih putuskan hubunganDalam masa sama, Tess kembali mengingatkan pengikutnya tentang kempen #EffYourBeautyStandards yang diasaskannya bagi memperjuangkan penerimaan diri dan menentang standard kecantikan tidak realistik.Ini bukan kali pertama model berkenaan berkongsi pengalaman kurang menyenangkan berkaitan berat badannya. Sebelum ini, dia pernah mendakwa ditegur oleh kru penerbangan supaya menurunkan berat badan ketika dalam pesawat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube