suria

Adik pelakon kongsi perjalanan masuk Islam, tersentuh dengan kisah Rasulullah SAW

Samanta tersentuh membaca kisah Nabi Muhammad SAW.

ADIK kepada pelakon Indonesia, Darius Sinathrya iaitu Samanta Elsener merupakan antara individu yang aktif berkongsi isu kesihatan mental dan keibubapaan di media sosial. 

Kepetahannya mengupas isu psikologi membuatkan Samanta dikagumi ramai. 

Namun di sebalik imej profesional itu, tersimpan satu perjalanan spiritual yang cukup peribadi dan menyentuh hati.

Samanta mendalami kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Menerusi sesi bual bicara di saluran YouTube Bintang Mualaf, Samanta berkongsi secara terbuka detik-detik penghijrahannya sehingga memilih untuk memeluk Islam.

Segalanya berubah apabila Samanta menerima sebuah buku bertajuk Muhammad daripada bekas kekasihnya. 

Melalui hasil pembacaan itu, dia mendalami kisah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang sarat dengan ujian dan cabaran. 

Kisah tersebut menyentuh hatinya, membuatkan Samanta sedar bahawa setiap manusia pasti diuji dan dia tidak keseorangan dalam menghadapi kesukaran hidup.

ARTIKEL BERKAITAN:12 tahun bergelar mualaf, Marcell Siahaan peluk Islam bukan kerana wang

ARTIKEL BERKAITAN:Pertama kali hadir kelas agama, pelakon sinetron Liontin, Giovanni Tobing mengaku kini mualaf

Selain daripada pembacaan, Samanta turut melalui pengalaman spiritual peribadi apabila dia pernah melakukan dua nazar atas sesuatu hajat dan kedua-duanya dimakbulkan. 

Pengalaman itu menambah keyakinannya terhadap konsep keikhlasan seorang hamba kepada Tuhan.

Akhirnya, dengan hati yang tenang dan penuh keyakinan, Samanta mengucapkan dua kalimah syahadah dan secara rasmi memeluk Islam.

Kisah hijrah Samanta menjadi perhatian ramai kerana keputusannya bukan dibuat secara terburu-buru, sebaliknya melalui proses panjang, pencarian ilmu, serta pengalaman rohani yang mendalam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain