PENYANYI dan penerbit muzik asal Korea Selatan, Chancellor ditahan pihak berkuasa Jepun kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Chancellor ditahan pada awal pagi Isnin di sebuah hotel di Nagoya, Jepun bersama tiga rakan lain termasuk penyanyi Simon Jakops yang juga bekas anggota kumpulan Dalmation. Ketika serbuan dibuat polis tempatan menemukan empat paket dadah jenis kokain dan satu paket ganja di dalam bilik hotel berkenaan. Berita penahanan Chancellor membuatkan ramai peminat kecewa. Menurut laporan, polis kini sedang menjalankan siasatan bagaimana dadah tersebut diperoleh serta penglibatan Chancellor dalam serbuan itu. Difahamkan Chancellor dan Jakob berada di Jepun kerana terlibat dalam penganjuran sebuah persembahan kumpulan XG di sana. Sementara itu, media tempatan juga menyebut pihak polis telah menjalankan siasatan hampir setahun selepas menerima maklumat berhubung penyalahgunaan dadah dalam kalangan selebriti di negara berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Selebriti lelaki ini akhirnya buka mulut mengenai dakwaan kes rogol pelajar 16 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lelaki popular didakwa mempunyai anak luar nikah sejak empat tahun laluBerita penahanan Chancellor mengejutkan banyak pihak termasuk peminat yang meluahkan rasa terkilan selepas dia mengumumkan kelahiran cahaya mata pertama tahun lalu. Untuk rekod Chancellor mendirikan rumah tangga dengan seorang pramugari pada 2022 dan mereka menyambut kelahiran cahaya mata perempuan pada 14 Oktober 2025. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube