suria
mStar - Urban.Versatil

Selebriti lelaki ini akhirnya buka mulut mengenai dakwaan kes rogol pelajar 16 tahun

Piche Kota akhirnya menjawab spekulasi yang bertaburan selama ini.

PENYANYI Piche Kota tampil mempertahankan diri selepas namanya dikaitkan dengan dakwaan kes rogol terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Piche atau nama sebenarnya Petrus Yohanes Debrito Jaga Kota, 24, berkata dia menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan dan menegaskan tidak melakukan perbuatan seperti yang dituduh.

Menerusi video dimuat naik, bekas peserta Indonesian Idol itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.

Piche Kota menafikan dakwaan tersebut. 

“Apa yang dituduh itu tidak benar. Sebagai warganegara yang baik saya akan mengikuti semua proses perbicaraan di mahkamah.

"Saya bersuara demi keadilan untuk diri saya,” katanya pada Ahad.

Sebelum ini, Piche dilaporkan terlibat dalam kes keganasan seksual terhadap seorang pelajar di sebuah hotel di Atambua, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih damai dengan isteri pertama, sedia lepaskan Inara Rusli 

ARTIKEL BERKAITAN: Tular video mirip Inara Rusli 'syok' menari di kelab malam, ramai luah tak puas hati... "Bukan ke dia dulu sudah berubah?"

Ketua Polis Belu Gede Eka Putra Astawa berkata kejadian didakwa berlaku pada 11 Januari lalu ketika mangsa bersama tiga lelaki termasuk Piche berada di sebuah bilik hotel.

Mangsa dipercayai berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum kejadian rogol didakwa berlaku.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain