suria
mStar - Urban.Versatil

Tinggalkan imej ‘wanita‘, Boby Tince sanggup tolak tawaran lumayan... Pilih kehidupan tenang di kampung

Boby insaf selepas alami kerugian dalam perniagaan.

PENGALAMAN berdepan kerugian besar sehingga melebihi RM620,000 menjadi titik tolak perubahan buat pelakon dan pelawak Boby Tince.

Ujian tersebut membuatkan dia sedar dan nekad membuat keputusan untuk tidak lagi menerima tawaran watak berpenampilan wanita.

Malah, dia kini juga semakin menyepi daripada dunia hiburan dan memberi fokus kepada kehidupan keluarga.

Boby sinonim dengan penampilan wanita.

“Beberapa tahun lalu saya mengalami kerugian dalam perniagaan kira-kira lebih RM620,000. Perkara itu menyedarkan saya,” katanya memetik laporan Detik Hot.

Meskipun lama menyepi, menurut Boby, dia masih menerima tawaran dengan bayaran lumayan.

Namun, kebanyakan tawaran tersebut memerlukan dia berpenampilan wanita yang memang cukup sinonim dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diserang penyakit tanpa keluarga di sisi, pelawak veteran terpaksa minta bantuan jiran

ARTIKEL BERKAITAN: Sentiasa ingat kematian, Ivan Gunawan sudah siapkan kain kafan buat diri sendiri

Jelasnya, tawaran dalam industri hiburan masih ada, namun kadar bayaran berbeza bergantung kepada penampilannya.

“Kalau saya tampil seperti sekarang, bayarannya biasa sahaja. Tapi kalau kembali berpenampilan wanita, bayarannya memang jauh lebih tinggi,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara itu sebagai satu ujian untuk terus istiqamah dengan penghijrahannya.

Boby lebih selesa dengan hidupnya kini.

Boby juga memberitahu dia kini lebih tenang menjalani kehidupan di kampung dan berusaha mencari rezeki yang lebih selari dengan prinsip serta pegangan hidup baharunya.

Tambahnya, wang bukan lagi keutamaan dalam hidupnya ketika ini. Sebaliknya, ketenangan dan keikhlasan dalam melakukan perubahan menjadi perkara paling penting buat dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Abang Mimi Lana meninggal dunia