PELAWAK dan pelakon veteran Indonesia, Diding Boneng terpaksa dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya merosot secara tiba-tiba.Difahamkan, selebriti berusia 75 tahun itu mengalami serangan asma yang teruk sehingga menyebabkan dirinya lemah selain berdepan gejala seperti pening kepala, demam dan batuk berpanjangan. Lebih menyentuh hati, ketika keadaan kesihatannya semakin merosot, tiada ahli keluarga berada di sisinya.Diding dalam keadaan stabil.Menurut anaknya, Ari, Diding terpaksa menghubungi seorang rakan untuk meminta bantuan supaya menghantarnya ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan awal. “Sebenarnya dia sakit sudah lama, cuma datang semula dan perlukan rawatan lebih rapi,” katanya seperti dipetik daripada laporan Suara.com.Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dilakukan, doktor memutuskan untuk merujuknya ke hospital kerana mempunyai kemudahan lebih lengkap.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai rakan artis beri harapan palsu, Diding Boneng tak mahu mengharap bantuanARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka hampir 100 tahun milik pelakon veteran roboh, terpaksa tidur di pejabat Rukun TetanggaDiding kemudian dibawa ke Hospital Radjak Salemba, Indonesia sebelum ditempatkan di unit kecemasan untuk pemantauan rapi.Hasil pemeriksaan awal mendapati dia mengalami masalah asma, namun pihak keluarga masih menunggu keputusan lanjut ujian makmal bagi mengetahui tahap sebenar keadaan kesihatannya.Dalam pada itu, keluarga memohon doa orang ramai agar segala urusan rawatan dipermudahkan dan Diding kembali pulih seperti sediakala.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube