suria

Rumah pusaka hampir 100 tahun milik pelakon veteran roboh, terpaksa tidur di pejabat Rukun Tetangga

Rumah pusaka Diding runtuh selepas hampir 100 tahun keluarganya mendiami bangunan berkenaan.

RUMAH pusaka milik pelakon veteran Indonesia, Diding Boneng dilaporkan telah runtuh. 

Rumah berkenaan dikatakan berusia hampir 100 tahun dan sudah wujud sebelum Diding, 76, dilahirkan.

Rumah itu bukan sekadar tempat tinggal, tetapi juga warisan turun-temurun daripada nenek moyang Diding, diteruskan kepada ibu bapa dan kini dihuni Diding bersama anaknya.

Diding dan keluarga terpaksa menumpang di rumah rakan buat sementara waktu.

"Bercakap soal usia rumah ini, saya rasa lebih tua daripada saya. Saya sekarang 76 tahun, rumah ini boleh dikatakan hampir 100 tahun. 

"Ayah saya masa muda pun tinggal di sini. Rumah ini memang daripada datuk, nenek, sampai ke ayah saya," katanya.

Pelakon itu menjelaskan bahawa rumah berkenaan sudah menjadi saksi perjalanan hidup keluarga mereka. 

Sepanjang hampir satu abad berdiri, rumah itu tidak pernah mengalami pengubahsuaian besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon senior jatuh miskin terpaksa tinggal dalam hutan, dedah 3 tahun berkawan dengan puntianak 

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pelakon diserang perusuh, disangka milik bekas isteri

Sebelum runtuh, rumah itu dihuni sembilan orang dewasa dalam kalangan ahli keluarganya. 

Diding mengakui dia berasa gembira dapat tinggal bersama keluarga di rumah itu walaupun keadaan serba sederhana.

Selepas kejadian, Diding dan keluarganya terpaksa berpindah dan mereka sempat tidur di pejabat Rukun Tetangga selama dua malam sebelum  menumpang di rumah seorang rakan.

Kini, harapan Diding hanyalah mempunyai rumah sendiri kembali agar dapat hidup dengan selesa bersama keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain