suria

Pasang impian kahwin dan miliki zuriat, Dewi Perssik akui sedang mengenali ‘abang askar’ 

Kita doakan semoga Dewi Perssik dapat kahwin tahun ini okay.

PELAKON dan penyanyi Indonesia, Dewi Perssik membuka lembaran tahun 2026 dengan menyimpan impian untuk kembali mendirikan rumah tangga serta memiliki zuriat.

Dewi atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung, 40, berkata keinginan itu hadir kerana berasa sunyi selepas tiga tahun bergelar janda.

“Macam teringin untuk kembali berkahwin dan punya anak,” katanya.

Dewi Perssik membuka lembaran tahun 2026 untuk kembali mendirikan rumah tangga serta memiliki zuriat.

Menurut Dewi, dia bagaimanapun menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah dan hanya memohon doa yang baik daripada semua peminatnya.

“Doakan yang terbaik. Semoga Allah berikan yang terbaik buat saya sebab soal jodoh ini kita memang tak tahu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dewi mendedahkan dia kini sedang mengenali hati budi seorang anggota tentera.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik bukan ditinggalkan tapi percintaan dengan juruterbang sudah tiada ‘spark’

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi rezeki Syawal, ramai kritik Dewi Perssik hanya beri RM3

Buat masa ini lelaki berkenaan masih dianggap sebagai sahabat baik dan tidak menolak sekiranya dijodohkan bersama.

“Doakan yang terbaik. Kita memang tak tahu apa yang akan terjadi. Cuma baju loreng (baju askar) itu sahabat saya,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain