suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seludup dadah guna aset tentera: Lima lagi individu termasuk seorang pegawai TUDM ditahan

Penyeludupan dadah menggunakan aset negara merupakan satu perbuatan yang tidak wajar. -Gambar hiasan

SEORANG lagi pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan empat individu awam ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyeludupan dadah yang menyalahgunakan aset ketenteraan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan suspek yang ditahan seramai 18 orang.

Penahanan itu dilakukan hasil risikan berterusan dan soal siasat terhadap 13 suspek yang ditahan sebelum ini bagi mengenal pasti dalang utama di sebalik kegiatan pengedaran dadah berkenaan.

"Pegawai TUDM berusia 29 tahun yang bertugas di Tawau, Sabah itu ditahan di dalam kawasan pejabat Cawangan Siasatan Jenayah Zon Tengah di Pangkalan Udara Subang, Selangor kira-kira jam 6.40 petang Khamis," katanya dalam satu kenyataan.

Susulan penahanan itu, Hussein berkata, JSJN Bukit Aman menjalankan beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang kira-kira pukul 10.20 malam dan menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 28 tahun serta seorang lelaki warga China berusia 30 tahun.

Dia berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiga suspek tempatan masing-masing mempunyai satu atau dua rekod jenayah lampau, manakala seorang daripada mereka pernah ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

"Daripada keseluruhan 18 suspek yang ditahan, membabitkan lapan pegawai dan anggota TUDM serta 10 orang awam, lapan daripada mereka didakwa di mahkamah di Kuala Lumpur dan Selangor pada Jumaat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ARTIKEL BERKAITAN: Seludup dadah guna aset tentera pengkhianatan kepada negara - Anwar

"Lima suspek masih direman, manakala siasatan lanjut dan risikan terus dijalankan bagi mengenal pasti dalang utama serta individu lain yang terbabit dalam operasi sindiket berkenaan," katanya.

Kegiatan penyeludupan dadah rentas sempadan itu terbongkar selepas sebanyak 96.64 kilogram dadah disyaki methamphetamine bernilai RM4.83 juta serta 6.98 kilogram bahan kimia ditemukan sebelum bahan berkenaan dimuatkan ke dalam pesawat TUDM di Pangkalan Udara Subang.

Penemuan itu mencetuskan beberapa siri serbuan di Lembah Klang, Labuan dan sebuah pangkalan udara di Tawau yang membawa kepada penahanan beberapa individu.

Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Julai tahun ini dengan menggunakan kemudahan pengangkutan udara tentera untuk menyeludup dadah dari Semenanjung Malaysia ke Sabah sebelum diedarkan ke pasaran antarabangsa termasuk Filipina dan Indonesia. – The Star.

 

Artikel Berikut

Artikel Lain