Ramai pekerja masih tidak pasti sama ada mereka boleh mendapatkan MC sekiranya berdepan dengan isu kesihatan mental seperti keletihan melampau atau 'burnout'. -Gambar hiasan AI
TEKANAN di tempat kerja sehingga menyebabkan keletihan melampau atau burnout bukan perkara asing dan banyak dilaporkan berlaku dalam kalangan pekerja.Namun di sebalik itu, timbul pula persoalan sama ada burnout boleh dianggap sebagai masalah kesihatan dan layak mendapat cuti sakit jika berjumpa doktor. Ini kerana masalah tersebut turut diklasifikasikan sebagai isu kesihatan mental yang boleh menyebabkan isu lebih parah seperti kemurungan dan keresahan atau anxiety jika ia tidak diuruskan dengan baik."Nak tanya, kalau kita burnout, doktor dekat klinik akan bagi MC ke? Apa alasan akan dinyatakan dekat sijil cuti sakit?" tanya individu di Threads.Menjawab pertanyaan tersebut, peguam yang juga pakara dalam undang-undang pekerjaan, Louis Liaw menjelaskan pakar psikiatri sendiri mengiktiraf masalah kesihatan mental sebagai penyakit melayakkan pesakit menerima MC.Malah kata Louis, pengamal perubatan mempunyai prosedur dan penilaian sangat ketat sebelum mengeluarkan sebarang pengesahan cuti sakit kepada individu yang tampil membuat aduan."Bukan sesiapa sahaja yang datang akan diberikan MC. Mereka akan melakukan ujian dan diagnosis sama seperti doktor biasa."Hanya apabila mereka benar-benar yakin bahawa pesakit itu sakit, barulah MC akan dikeluarkan kerana masalah kesihatan mental adalah penyakit yang nyata,""Jadi, bukan sesiapa sahaja yang datang akan diberikan MC. Mereka akan melakukan ujian dan diagnosis sama seperti doktor biasa," jelasnya menerusi satu perkongsian di laman YouTube.Susulan proses diagnosis yang teliti itu, Louis menegaskan bahawa mana-mana MC berkaitan isu kesihatan mental seperti keresahan atau stres adalah sah di sisi undang-undang dan majikan wajib menerimanya.Menurutnya lagi, selagi sijil cuti sakit itu dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar termasuk pakar psikiatri, majikan tidak mempunyai alasan untuk menolak."Selagi ia daripada pengamal perubatan berdaftar dan jika pakar psikiatri memberikan MC atas faktor masalah kesihatan mental, ia adalah MC yang sah."Saya pernah menerima soalan sebegini sebelum ini kerana kebimbangan utama majikan saya selalunya adalah, 'Wah, sesiapa sahaja boleh dapat MC sebab stres, anxiety, tak boleh tidur...macam ini pun saya kena bagi cuti sakit berbayar ke?'"Namun realitinya, jika ia adalah MC yang dikeluarkan pengamal perubatan berdaftar yang bertauliah termasuk pakar psikiatri, ia adalah MC yang sah dan majikan wajib mengiktirafnya," tegasnya.