Istiadat mengangkat sumpah tersebut dijadual berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, pada Jumaat. -Foto The Star
BARISAN baharu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dijadual mengangkat sumpah jawatan pada Jumaat bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar.Pelantikan baharu itu menyusul selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, mengambil keputusan menggugurkan kesemua 10 anggota Exco terdahulu pada 20 September lalu. Istiadat mengangkat sumpah dijadual berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Besar di Istana Besar Seri Menanti dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.Menurut sumber, hanya enam anggota Exco dijangka dilantik kali ini berbanding 10 sebelum ini."Jadi termasuk Menteri Besar, jumlah keseluruhannya tujuh orang," kata sumber itu.Antara nama yang disebut-sebut bakal menganggotai barisan Exco baharu adalah wakil rakyat UMNO, S. Leza Md Yasin (Pilah), Mohamad Qayyum Abd Jalil (Senaling), Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (Jeram Padang) dan Muhammad Sufian Maradzi (Seri Menanti).Turut disebut adalah Koh Kim Swee (Repah) daripada MCA, Ridzuan Ahmad (Gemas) mewakili Wawasan serta Abdul Fatah Zakaria (Bagan Pinang) daripada PAS. -The Star