SETIAP pendidik pastinya mengharapkan komitmen dan kerjasama pelajar dalam memastikan proses pembelajaran berjalan lancar.Bukan sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas, golongan pendidik juga sanggup meluangkan masa dan tenaga menyediakan bahan pembelajaran demi membantu pelajarnya mencapai kejayaan. Namun apa mengecewakan, kerjasama daripada pelajar ada kalanya tidak seiring dengan usaha telah dicurahkan, sebagaimana kisah dikongsikan oleh seorang pensyarah ini. "Normal ke seramai-ramai 41 orang pelajar dalam grup WhatsApp, seorang pun tak boleh nak respons mesej pensyarah?Setiap pendidik mahu pelajar mereka cemerlang dan berjaya demi masa depan. -Gambar hiasan AI"Dah penat nak memujuk hati dan berhusnuszon. Kita dalam cuti sakit pun fikir mereka, sediakan latihan dan sebagainya."Ini belum sentuh bahagian bagi latihan tapi tak buat," luahnya dalam satu hantaran di Threads. Tambah pensyarah tersebut, sikap pasif para pelajarnya bukan sahaja berlaku dalam komunikasi secara dalam talian, malah turut dilihat ketika sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar simpati nasib pensyarah, gigih bagi banyak 'assignment', semua disiapkan guna AI - “Sikit pun tak sukarkan kami”ARTIKEL BERKAITAN: 13 tahun berkhidmat, guru hilang sabar hadap 3 pelajar perangai paling teruk- "Tiada hukuman berkesan"Katanya, dia terpaksa berulang-kali meminta pelajar supaya memberikan respons, bercakap dan mencatat nota ketika berada di dalam kelas."Kelas bersemuka pun sampai kena paksa untuk gerakkan mereka bercakap dan tulis nota, apatah lagi kalau kelas online. "Mahunya buka saja Google Meet itu, mereka ke alam mimpi," luahnya lagi.Seorang pensyarah terkilan apabila 41 pelajarnya langsung tidak membalas mesej dalam grup WhatsApp.Dia sedih usaha serta sikap komitednya tidak mendapat balasan seperti diharapkan.Lebih mengecewakan, sikap pasif pelajar turut berlaku ketika kelas bersemuka.Situasi lebih mencabar apabila perlu melakukan kelas secara dalam talian.Netizen memahami kekecewaannya dan berpendapat pelajar sewajarnya proaktif demi masa depan sendiri. Ringkasan ini dijana oleh AIDi ruangan komen, warga maya berpendapat pelajar sepatutnya lebih proaktif dan perlu menunjukkan inisiatif serta rasa tanggungjawab terhadap pelajaran sendiri."Adab pelajar sekarang. Jadi kita perlu belajar untuk abaikan je perasaan itu. Jalankan sahaja tanggungjawab kita sebaiknya."Pelajar tak balas mesej WhatsApp itu dah biasa. Tapi kalau mereka respons masa kelas online, itu memang luar biasa!"Mereka archive chat la tu. Kita je beria share files, dokumen, nota, video... tak ada respons," komen netizen.