Setiap individu yang ingin memiliki atau menggunakan senjata api perlu mendapatkan lesen sah daripada pihak berkuasa. -Gambar hiasan AI
SEORANG pelajar sekolah menengah cedera selepas senjata api yang dibawa rakannya meletup secara tidak sengaja ketika berada di dalam kelas.Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah kerajaan di daerah Palakkad, Kerala, India, pada Selasa. Menurut polis, mangsa terkena tembakan pada bahagian lengan sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.Difahamkan, mangsa terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru yang menembusi lengannya.Bagaimanapun, seorang pegawai kanan polis memaklumkan keadaan pelajar itu tidak serius.Siasatan awal mendapati pelajar yang membawa senjata api berkenaan dipercayai membawanya dari rumah dengan tujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan sekelasnya.Bagaimanapun, senjata api itu secara tidak sengaja meletup sebelum terkena seorang rakan sekelasnya.Susulan kejadian itu, anggota polis dari Balai Polis Thrithala bergegas ke sekolah berkenaan untuk melakukan siasatan.Polis turut memaklumkan jenis senjata api serta jumlah tembakan yang dilepaskan hanya dapat dipastikan selepas pemeriksaan dilakukan oleh pakar senjata api dan forensik.Polis turut menyiasat pemilik sebenar senjata api itu serta bagaimana pelajar terbabit boleh mendapatkannya sehingga dibawa ke kawasan sekolah. -Agensi