suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak ‘ditawan’ lelaki bersenjata parang, amuk cederakan 4 orang awam

Tangkap layar (screenshot) daripada video tular memaparkan seorang lelaki mengamuk dan bersenjatakan parang di Kampung Berchang, Kuala Lipis pada Isnin.

SEORANG lelaki bersenjatakan parang yang mengamuk dekat Kampung Berchang, Kuala Lipis pada Isnin, sudah ditahan untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6.36 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota polis digerakkan ke lokasi.

"Suspek ditahan kira-kira pukul 7.10 malam sebelum dibawa ke IPD Lipis untuk tindakan lanjut.

"Suspek dirujuk ke Wad Psikiatri Hospital Bentong selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lipis dan kini masih berada di hospital berkenaan untuk pemeriksaan mental," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. 

Menurut Ismail, susulan kejadian berkenaan, empat individu mengalami kecederaan dan kesemua mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Padang Tengku.

Tambahnya, kecederaan yang dialami mangsa tidak begitu serius dan mereka berada dalam keadaan stabil.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya," ujarnya.

Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki berbaju lengan panjang berwarna ungu dan berseluar pendek 'menawan' seorang kanak-kanak dengan sebelah tangannya memegang parang, di hadapan sebuah kedai makan. 

Lelaki tersebut tidak mengendahkan jeritan mangsa dan orang sekeliling, malah terus mengheret kanak-kanak berkenaan. 

Seorang individu dilihat cuba memujuk dan menenangkan lelaki berkenaan, sebelum video tersebut tamat.

Artikel Lain