PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan masih belum menerima peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan.Beliau sebaliknya meminta Setiausaha Agung DAP itu bercuti terlebih dahulu. Malah katanya, sepanjang tempoh itu, tugas Loke akan dipangku Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah.Jelas Anwar, perkara tersebut dimaklumkan kepada Loke ketika pertemuan mereka selepas dimaklumkan tentang alasan di sebalik keputusan yang dibuat."Ketika kami bertemu, beliau memberikan alasan yang saya sudah sedia maklum dan saya beritahu beliau supaya berehat dahulu," katanya selepas melancarkan Inisiatif Kecerdasan Buatan (AI) Pendidikan Malaysia pada Rabu.Jelas Perdana Menteri, berdasarkan lunas undang-undang, selain timbalan menteri, tugas Menteri Pengangkutan juga boleh diambil alih oleh Ketua Setiausaha Kementerian (KSU).Sebelum ini, Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta pada 10 November lalu.Keputusan itu dibuat susulan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman bagi kes SRC International menerusi tahanan di rumah.Dalam perkembangan lain, Anwar berkata kerajaan semasa masih mempunyai baki tempoh pentadbiran lebih setahun.Menurutnya, kerajaan akan melakukan yang terbaik sepanjang tempoh tersebut bagi meningkatkan prestasi pentadbiran negara. -The Star