PENYANYI Rich Gimbang tidak terfikir untuk kembali menyertai mana-mana program realiti hiburan selepas hampir 20 tahun bergelar anak seni.Rich atau Richael L Gimbang, 44, berkata dia sudah berbincang dengan anggota kumpulannya, Estranged dan mereka sepakat untuk tidak lagi menyertai sebarang program realiti pada masa akan datang. Kata Rich, penyertaan dalam program sedemikian dilihat boleh mencalarkan imejnya sebagai artis yang sudah lama bertapak dalam industri muzik."Saya sudah berbincang dengan ahli kumpulan yang lain (Estranged), kami sepakat untuk tidak lagi menyertai sebarang program realiti. Rich mempunyai pandangan peribadi terhadap penyertaan dalam program realiti."Bagi saya, sekiranya saya menyertai program realiti ia seperti mencalarkan imej sebagai artis. Saya sudah bergelar artis selama 20 tahun, jadi tidak lagi perlu untuk menyertai program realiti untuk membuktikan sesuatu. "Panel juri pun macam Datuk Syafinaz adalah rakan artis juga. Saya tidak rasa perlu dihakimi oleh mereka kerana saya memerlukan mereka untuk bekerjasama dalam mencipta karya muzik," katanya kepada mStar. Rich berkongsi perkara itu ketika ditemui pada siding media pelancaran single solo baharu berjudul 'Mean To Me' yang diadakan di Drum Asia Live Hartamas, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada petang Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: Hazama dedah alasan tidak sertai GV Fantasia... Isu jadual bukan sebab merajukARTIKEL BERKAITAN: Pernah digelar ‘kambing hitam’, Nabila Razali tak tahu wujud agenda atau politik dalam program realitiDalam pada itu, Rich mengakui kurang berminat dengan program realiti kerana beranggapan konsep yang diketengahkan adakalanya kelihatan seperti sesuatu yang sudah dirancang.Malah, pengalaman menyertai program Akademi Fantasia sebelum ini membuatkan dia lebih memahami selok-belok penerbitan program realiti televisyen."Saya tidak berapa gemar menyertai program realiti kerana ia seakan 'dibuat-buat'. Itulah Namanya program realiti televisyen. Kita semua tahu konsepnya kan?"Sewaktu di Akademi Fantasia saya sudah banyak belajar tentang dunia realiti TV ini. Velvet (isteri) saya juga ada ditawarkan untuk menyertai program realiti."Nasihat saya kepadanya, saya rasa dia tidak perlu menyertainya. Namun saya rasa perlu juga berikan sokongan kepadanya," ujarnya. Bagaimanapun, Rich tidak mahu terlalu menghalang keputusan isterinya, Velvet Lawrence Aduk yang juga merupakan peserta Akademi Fantasia musim keempat (AF4), sekiranya penyertaan dalam program realiti itu dilihat mampu membantu mengembangkan kerjaya seninya.Rich dan Velvet (kiri) ditawar menyertai program realiti televisyen.Jelas Rich, meskipun Velvet mempunyai pengikut serta kerjaya nyanyian yang kukuh di Sabah, namanya mungkin kurang mendapat perhatian dalam industri muzik di Kuala Lumpur ketika ini."Kerjaya Velvet sangat kuat di Sabah. Kerjaya nyanyiannya mungkin tidak berapa kuat di Kuala Lumpur. "Peminat mungkin sudah terlupa dengan kehadiran Velvet. Bila difikirkan saya perlu juga berikan sokongan dan tidak boleh pentingkan diri sendiri. "Saya cuma beri pendapat mungkin belum tiba masanya untuk dia (isteri) masuk program realiti dan mulakan kerja-kerja berkempen untuk meraih undian penonton. Tapi kalau memang dia nak sertai, saya akan berikan sokongan," katanya.TONTON VIDEO PILIHAN!