suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sedihnya laki tak tahu apa-apa fasal rumah” - Penat masak sambil dukung anak, isteri terkilan suami simpan makanan bayi sekali lauk mentah

Memasak dan mengemas rumah sambil mendukung bayi bukanlah tugasan mudah. -Gambar hiasan AI

MENGURUSKAN anak kecil sambil menyiapkan makanan mereka bukanlah tugasan mudah, apatah lagi terpaksa melayan ragam dan tantrum yang tidak tentu masa.

Lebih melelahkan apabila si ibu terpaksa melakukan beberapa perkara lain dalam satu masa.

Dalam keadaan kelam kabut itu, bantuan pasangan pasti sangat diharapkan bagi meringankan beban menguruskan rumah tangga bersama anak kecil.

Bagaimanapun, tindakan yang dibuat tanpa memahami rutin di rumah boleh menambah rasa penat dan terkilan golongan isteri seperti dialami wanita ini.

Suami perlu memainkan peranan penting dalam menguruskan anak dan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Suami perlu memainkan peranan penting dalam menguruskan anak dan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

Meluahkan situasi yang dialami, ujarnya, dia berasa terkilan dan kecewa apabila mendapati suaminya menyimpan makanan bayi yang sudah dimasak di tempat simpanan ayam, daging dan ikan mentah.

"Sedihnya apabila laki kau tak tahu apa-apa pasal rumah. Makanan bayi yang aku kelam kabut buat sambil anak melalak dan buat kerja sambil tangan sebelah dukung anak tu, suami letak dekat tempat simpan ayam, daging dan ikan mentah.

"Di mana logiknya simpan makanan yang dah masak di tempat bahan mentah? Makanan bayi pula tu," luahnya di Thread.

Adunya lagi, dia sudah mengasingkan tempat simpanan makanan anak daripada bahan mentah di dalam peti sejuk beku.

  • Wanita terkilan suami menyimpan makanan bayi yang sudah dimasak di ruang bahan mentah.
  • Dia menyiapkan makanan dalam keadaan kelam-kabut sambil mendukung anak yang menangis.
  • Makanan bayi dan lauk mentah sudah diasingkan di bahagian berbeza dalam peti sejuk beku.
  • Dia kecewa suami seolah-olah tidak mengambil tahu rutin penjagaan anak dan urusan rumah.
  • Netizen berkongsi pengalaman serta menyarankan kemungkinan suami tidak tahu susunan tersebut.

Malah katanya, makanan bayi akan diletakkan di bahagian kanan paling atas, manakala lauk mentah disimpan di bahagian kiri paling bawah.

"Dia tak nampak ke setiap kali aku nak bagi anak makan, aku ambil makanan bayi tu dari peti sejuk sebelah kanan," luahnya geram.

Baginya, sikap dan tingkah laku suaminya seolah-olah menggambarkan lelaki itu kurang mengambil tahu mengenai urusan di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: 

ARTIKEL BERKAITAN: 

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya memberi kata-kata nasihat termasuk berkongsi situasi meletakkan makanan bayi bercampur dengan bahan mentah.

"Tak apa kak, bayi masih sihat dan makanan tu masih boleh dimakan sebab untuk kami yang bahagian sejuk beku sekangkang kera ni memang campur je.

"Saya letak je bercampur sebab bekas tu bertutup, dalam bahagian sejuk beku tu kuman pun tak boleh hidup.

"Mungkin suami memang tak tahu dan anggap perkara tu okay tapi dia masih cuba membantu dalam kerja rumah," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain