SETIAP ibu bapa pastinya menginginkan yang terbaik buat anak-anak, lebih-lebih lagi apabila terpaksa meninggalkan mereka untuk keluar bekerja.Dalam keadaan itu, pengasuh menjadi individu penting yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan memastikan segala keperluan si kecil dipenuhi sepanjang hari. Namun, seorang wanita meluahkan kekecewaan apabila mendakwa anaknya pulang dalam keadaan lapar selepas seharian ditinggalkan di rumah pengasuhnya.Kanak-kanak tidak sepatutnya dibiarkan dalam keadaan kelaparan. -Gambar hiasan AI"Aku bangun seawal Subuh untuk siapkan bekal anak. Segala jenis snek aku masukkan sekali tapi bila balik, makanan masih penuh."Anak aku baru setahun tapi dia punya kebulur tu sampai boleh bedal sebungkus nasi lemak dengan seketul ayam. Tak pernah dia makan macam tu," ujarnya.Menurut wanita itu, anaknya juga menangis ketika dijemput, sekali gus membuatkan hatinya benar-benar sedih sehingga dia terpaksa mengambil keputusan drastik.Wanita kecewa anaknya dibiarkan kelaparan di rumah pengasuh.Dia geram kerana bekal makanan yang dibawa langsung tak terusik.Wanita itu sedih melihat anaknya menangis kelaparan ketika dijemput.Dia terpaksa ambil tindakan drasik menghentikan khidmat pengasuh itu.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bayangkan, dia meraung masa nampak aku ketika waktu balik. Meraung teresak-esak. Aku ingat dia rindu. Rupanya dia lapar. "Padahal dah siap racik-racikkan (bekal) ayam. Buah dah kupas kulit, potong kecil-kecil. Nasi pun aku siap kepalkan, kadang je tak. Sudu semua dah disediakan. "Dah tanya pengasuh, dia cakap anak aku banyak makan. Banyak dia suap katanya. Tapi lauk tak berusik. Tak tally langsung. Hari ini saya dah masukkan anak ke playshcool baharu," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Ibu menggeletar dapat tahu suami pengasuh bawa anak perempuan ke tandas... Siap tolong mandikan!ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh perli ibu bapa hantar anak ke taska walaupun jerebu, wanita sedih dituduh pentingkan kerja - “Ingat kami ada pilihan ke?”Hantaran tular itu turut dihujani lebih 300 komen netizen."Tak boleh bayangkan macam mana dia menahan lapar. Kita yang besar ini pun rasa ketar-ketar kalau badan lapar."Susah ke pengasuh tu nak bagi makan? Dah sediakan bekal pun dia tak bagi juga dekat budak. Pelik betul," tulis netizen.