USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mengakui terkesan dengan kecaman netizen susulan kesilapan bacaan surah al-Fatihah dan al-Fil ketika mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya.Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 39, berkata, komen negatif yang dilemparkan terhadapnya turut memberi kesan kepada emosi anak-anak sehingga mereka berasa malu dan mempersoalkan perkara yang berlaku. Jelas Aliff, dia mengakui kekhilafan tersebut dan tidak menafikan kekurangannya dalam membaca serta menghafal ayat al-Quran, apatah lagi dia berdepan masalah ADHD dan disleksia.Aliff terkesan dengan kecaman teruk yang diterima di media sosial.“Bila orang menghina saya, anak-anak sampai malu dan tanya kenapa jadi macam ini.“Anak-anak tahu saya ni membaca al-Quran pun tak betul. Jujur saya ada masalah ADHD dan disleksia, saya struggle nak menghafal.“Sekarang inilah saya dapat mengaji, bagi takzkirah dekat anak-anak, sebelum ini saya tak pernah buat. Kalau baca komen tu rasa macam saya terus down,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Syukri mohon maaf silap bacaan surah, tak jangka siaran langsung solat jadi tularARTIKEL BERKAITAN:Ustaz nasihatkan Aliff Syukri cari guru pembimbing, simpati banyak kesalahan bacaan dalam solatAliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran YES (Year End Sale Promotions) D’Herbsdi Wisma Dherbs, Kota Damansara pada Sabtu.Dalam pada itu, Aliff menegaskan dia tidak pernah berniat mempermainkan atau memperlekehkan agama menerusi tindakannya berkongsi rakaman solat di media sosial.“Saya tak pernah memperlekehkan atau merendahkan agama. Saya buat itu (live solat) tak ada niat apa-apa pun.“Saya mengaku ada khilaf, namun netizen banyak membuat provokasi seolah-olah macam saya ini mainkan agama.“Kenapa orang kejam sangat dengan saya? Banyak lagi orang buat video yang menggarut tapi Saya pula dihina melampau-lampau,” ujarnya.Aliff (kiri) sebelum ini mencetus kontroversi apabila melakukan siaran langsung ketika solat berjemaah.Sebelum ini, tular video yang menunjukkan Aliff mengimamkan solat berjemaah bersama anak-anaknya. Video itu menjadi bualan ramai kerana terdapat kesalahan pada bacaan surah al-Fatihah dan juga surah al-Fil.Terdahulu, menerusi temu bual bersama mStar, Aliff mengakui kesilapan tersebut dan tampil memohon maaf.Bagaimanapun, penceramah bebas Ustaz Hafiz Afandi telah meneliti video berkenaan menjelaskan terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh Aliff ketika membaca surah al-Fatihah iaitu rukun dalam solat.Pada masa sama, Hafiz turut menyarankan Aliff untuk mendapatkan bimbingan daripada seseorang yang lebih arif tentang bacaan dalam solat.