suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Memang tidak mudah” - Zehra Zambri hilang tawaran nyanyian sejak cerai, ibu bapa banyak temani turun naik mahkamah tuntut nafkah anak

PENYANYI Zehra Zambri mengakui bukan mudah untuk bangkit semula selepas melalui pelbagai episod hitam dalam kehidupan, namun dia memilih untuk terus kuat dan melangkah ke hadapan demi anak tersayang.

Menurut Zehra,39, meskipun urusan berkaitan mahkamah yang belum selesai termasuk hal tuntutan nafkah namun dia enggan membiarkan kesedihan itu terus menguasai kehidupannya.

Sebaliknya, penyanyi itu juga bersyukur kerana sepanjang melalui detika sukar ini, keluarga sentiasa membantu daripada segi emosi dan juga menampung kewangannya.

"Memang tidak mudah, tetapi itulah kehidupan. Saya ada seorang anak yang perlu dibesarkan dengan baik Sebagai seorang ibu, saya perlu memastikan kesihatan mental saya berada dalam keadaan baik sepanjang proses membesarkan anak.

"Jadi saya perlu kuat menghadapi apa sahaja yang mendatang. Kes saya di mahkamah masih berjalan dan belum selesai, termasuk perbicaraan berkaitan nafkah. Hampir setahun juga saya berulang-alik ke mahkamah, tetapi tidak mengapalah... Saya mahu mencari rezeki untuk anak dan pada masa sama memberi ruang kepada diri sendiri untuk pulih.

"Walaupun keadaan kesihatan kurang baik, ibu dan ayah tidak pernah culas menemani saya ke mahkamah dan menguruskan segala urusan berkaitan kes ketika saya tidak ada wang, ayah sanggup menggunakan wang pencennya untuk membantu… Banyak melalui kesedihan bersama-sama, kami menangis bersama sebagai sebuah keluarga," katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Zehra Zambri sedang dalam promosikan single terbaharunya berjudul Damba Penawar yang kini boleh didengari di semua platform penstriman.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi