suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zara Zya terhibur suami orang ‘troll’ cuba mengurat, tetap jaga batas anggap sekadar gurauan

PELAKON Zara Zya mengakui tidak kisah apabila dirinya terus menjadi bahan parodi termasuklah suntingan kreatif peminat di media sosial.

Mengulas perkara itu, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 41, berkata parodi mengenai ciri-ciri calon suami dicarinya itu masih berterusan sehingga kini.

"Tahu tak, selepas kenyataan Zara itu, sampai sekarang masih ada lagi suntingan yang dibuat, mula-mula suntingan wiring man lepas itu, mereka edit pula jadi pemandu lori. Sekarang ini, mereka edit pula ikut trend atlet.

"Jadi, bagi Zara, perkara itu menyeronokkan sebab orang suka mengikuti perkembangan Zara, kan? Jadi, Zara layan sahaja. Anggap mereka sebagai peminat yang sangat menyokong, tak ada apa-apa yang serius sebab mula-mula memang Zara ada cakap, berhenti buat suntingan yang melibatkan suami orang atau sebagainya. 

"Kebanyakannya suami orang, bagi Zara, itu perkara biasa sebagai seorang selebriti peminat Zara terdiri daripada golongan suami orang ataupun mereka yang belum berkahwin cuma selagi perkara itu tidak melampaui batas, Zara okey sahaja," katanya kepada mstar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi