suria

Lelaki buat hal atas jalan rupanya ada kaitan jenama baju popular, pengasas ambil keputusan singkir rakan kongsi

PENGASAS dan Pengarah Urusan jenama pakaian Stoned & Co Andrew Ngo memaklumkan bahawa rakan kongsinya, Tan Jia Hui yang tular susulan terlibat dalam insiden pergaduhan jalan raya telah ditamatkan perkhidmatan.

Menurut Andrew, keputusan itu diambil bagi memastikan syarikat yang ditubuhkannya sejak 13 tahun lalu kekal bersih daripada sebarang kontroversi meskipun insiden berkenaan memberi kesan terhadap perniagaan mereka.

“Lelaki dalam insiden itu adalah rakan kongsi dalam syarikat ini. Sekarang dia sudah lagi tidak berkhidmat dengan kami. Bagi saya, keputusan itu penting dibuat untuk syarikat ini.

“Semestinya ia memberikan kesan yang drastik kepada perniagaan kami. Disebabkan itu, saya sebagai pengarah urusan bersuara tentang isu ini. Sekarang ini, kami mahu selesaikan isu ini dan baru teruskan dengan produk yang bakal dilancarkan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, jenama pakaian tersebut turut menganjurkan sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menyumbangkan lebih 200 koleksi pakaian secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada para pembeli.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi