suria

Remaja OKU syukur dapat mendengar semula, berkat usaha ibu bapa kesan masalah kesihatan ketika masih bayi

TIDAK mudah menyerah dan semangat yang kental menjadikan kekurangan sebagai titik tolak untuk terus bangkit.

Bagi Muhammad Aqil Rayyan, 16, peluang untuk kembali mendengar seperti insan lain adalah satu anugerah yang tidak pernah disangka.

Di sebalik nikmat itu, terselit pengorbanan besar kedua ibu bapanya yang tidak pernah lelah berusaha demi melihat perubahan pada diri anak mereka.

Menurut ibunya, Noor Farahazilah Abrari, 42, dia tidak sanggup membiarkan anaknya terus hidup dalam kekurangan, sebaliknya tekad melakukan apa sahaja demi mengembalikan semula deria pendengaran Aqil.

“Saya dapat kesan anak saya ni pada usianya masih kecil dan ketika itu usianya baru tiga tahun, Rayyan ni tiada respon bila kami panggil nama dia kemudian saya bawa pergi periksa di hospital baru dapat tahu ada masalah pendengaran.

“Pelbagai usaha kami lakukan untuk memulihkan Rayyan ni, kami gunakan semua duit simpanan yang ada untuk membiayai kos pembedahan implan koklea di telingannya yang pada tu mencecah RM70,000 untuk sebelah telinga saja,” katanya kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek musim keempat ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi remaja Aqil Rayyan ini untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan.

KPJ Healthcare diwakili Pegawai Perubatan Hospital Pakar KPJ iaitu Dr Hazrina Azalan untuk melihat sendiri keadaan terkini Aqil Rayyan.

Selain sumbangan wang tunai Rm3,000, Rayyan juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia. 

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi