suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wany Hasrita konsisten bayar pinjaman, cerita pengalaman sambung belajar dengan pinjaman PTPTN

SEGMEN Vodcast Kenot Brain kali ini tampil dengan dua tetamu tetamu istimewa iaitu Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan penyanyi Wany Hasrita.

Menerusi sesi sembang tersebut, panel jemputan membincangkan pelbagai perkara berkaitan Lestari Pendidikan termasuk tanggungjawab peminjam untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN selepas tamat pengajian.

Menurut Norliza, PTPTN sentiasa berusaha membantu peminjam yang berdepan kesukaran untuk melunaskan hutang pinjaman dengan menyediakan kemudahan penstrukturan semula pinjaman mengikut kemampuan kewangan masing-masing.

PTPTN bantu untuk ringankan beban pelajar

Dalam masa sama, Norliza turut menggalakkan ibu bapa membuat persediaan awal untuk pendidikan anak-anak dengan membuka akaun Simpan SSPN sebagai tabungan pendidikan tinggi untuk masa hadapan.

Sementara itu, Wany yang juga merupakan salah seorang peminjam PTPTN turut berkongsi pengalaman ketika memohon pinjaman berkenaan bagi membiayai pengajiannya.

Selain menyimpan PTPTN juga berikan hadiah istimewa kepada peminjam bertuah.

Menurut penyanyi itu, pinjaman PTPTN banyak membantu dirinya sepanjang tempoh pengajian dan selepas tamat belajar, dia sedar bahawa pinjaman tersebut merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

Wany berkata sehingga kini beliau masih konsisten membuat bayaran balik pinjaman PTPTN.

 

PTPTN sedia membantu pelajar mahupun sesiapa saja yang memerlukan pinjaman berhubung pelajaran.

TONTON VIDEO PENUH PODCAST DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi