suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Kalau nilai diri RM20,000 jangan minta RM100,000!” – Arfie Shah sentuh isu bayaran pelakon baharu

PELAKON Arfie Shah berpendapat bayaran sebanyak RM100,000 yang diterima seseorang pelakon baharu itu tidak seharusnya dipertikaikan kerana ia bergantung kepada nilai dan kemampuan individu itu sendiri.

Menurut Arfie atau nama sebenarnya Ad Wafri Shaharuddin, 33, kadar bayaran seseorang pelakon ditentukan berdasarkan kemampuan mereka menarik penonton, kualiti lakonan serta nilai yang mampu diberikan kepada pihak produksi.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya dilihat berdasarkan status pelakon lama atau baharu kerana setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kalau seseorang pelakon itu mampu membawa penonton, memberikan persembahan yang sangat hebat dan semua aspek lakonannya berada pada tahap terbaik, jadi tidak ada masalah bagi saya.

“Kalau kita rasa nilai kita belum sampai ke tahap tersebut, janganlah ambil. Orang lain akan menentukan nilai kita berdasarkan apa yang boleh kita tawarkan.

“Janganlah nilai kita RM20,000, tetapi kita minta RM100,000. Tidak logik kalau begitu, prestasi kita kena setanding dengan bayaran tersebut,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Arfie bakal muncul dalam drama terbaru terbitan Unifi TV Original berjudul Nak Dengar Cerita Hantu 2 yang membariskan pelakon seperti Que Haidar, Bell Ngasri, Ellie Suriaty, Chacha Maembong, Wanns Ahmad, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi