suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Bukan mudah ajak keluar, Mawi ‘pujuk‘ Syamsul Yusof lima jam sertai konsert

DEMI membawa Syamsul Yusof ke konsert The Journey Of ‘Mawi World’, penyanyi Mawi mengambil masa kira-kira lima jam meyakinkan pengarah filem itu menyertai persembahan tersebut.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 45, berkata dia dan Syamsul sememangnya sudah lama bersahabat, namun jarang dapat bertemu dan berkongsi perkembangan masing-masing.

“Dia memang susah nak keluar. Tapi, Alhamdulillah dia dapat bersama saya di konsert. Saya tak adalah pujuk, tetapi mungkin sebab kami dah lama tak berjumpa. 

Konsert Mawi menjadi sebutan peminat.

"Saya berborak dengan dia selama lima jam, daripada pukul 12 tengah malam sampai pukul 5 pagi. Macam-macam perkara kami borakkan. 

"Cerita mengenai konsert itu pun hanya keluar sekitar pukul 4.45 pagi, dah hujung-hujung perbualan. Tapi dia terus setuju. Dia kata, ‘Boleh Mawi’. Saya bersyukur sangat,” katanya.

Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas konsert minggu kedua Gegar Vaganza Fantasia (GVF) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi pernah terima hadiah seluar dalam peminat wanita, akui ujian ketika di puncak populariti

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi buka cerita lama, dedah Syamsul Yusof bantu rawat sakit misteri... Beri bayangan bakal tampil sepentas

Mengulas mengenai penglibatan Syamsul dalam konsert berkenaan, dia turut menzahirkan penghargaan atas kesudian sahabatnya itu menyumbangkan suara sekali gus memeriahkan konsertnya.

Malah, kehadiran ibu dan keluarga Syamsul yang turut meluangkan masa menyaksikan konsert tersebut menambahkan lagi kegembiraannya.

“Alhamdulillah saya seronok. Ibu dan keluarga dia turut hadir menonton konsert. Terima kasih, Syamsul,” katanya.

Saya sangat tersentuh dengan apa yang dia buat.

MAWI

PENYANYI

Dalam pada itu, Mawi turut berkongsi kisah menyentuh hati mengenai persahabatan dengan Syamsul yang disifatkan cukup bermakna.

Mawi berkata, dia masih mengingati jasa Syamsul yang pernah datang ke hospital untuk membantunya ketika sedang menerima rawatan akibat masalah kesihatan.

Malah, tindakan Syamsul membaca ayat ruqyah dan mendoakannya ketika itu membuatkan Mawi begitu tersentuh sehingga menitiskan air mata.

“Saya baik dan rapat dengan dia. Ada cerita di sebalik persahabatan kami. Dulu saya pernah sakit dan dialah yang datang merawat saya.

Mawi kembali serlahkan bakatnya di GV Fantasia.

“Perkara itu membuatkan saya rasa Syamsul ini dahsyat orangnya. Dia datang hospital, ruqyah dan doakan saya.

“Apa yang dibaca dalam filem Munafik sebagai Ustaz Adam, itulah yang dia baca. Dia pegang dahi saya kemudian dia baca.

“Saya menangis waktu itu. Saya sangat tersentuh dengan apa yang dia buat. Dia memang sahabat saya,” ujarnya.

Untuk rekod, konsert The Journey Of ‘Mawi World’ yang berlangsung pada 8 November lalu di Megastar Arena, Kuala Lumpur menghimpunkan beberapa penggiat industri yang pernah memberikan sokongan kepada Mawi sepanjang perjalanan seninya.

Selain Syamsul, konsert berkenaan turut menampilkan penyanyi jemputan lain termasuk Datuk AC Mizal, Felix, Daly Filsuf dan Datuk Aznil Haji Nawawi.

Artikel Lain