suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mawi buka cerita lama, dedah Syamsul Yusof bantu rawat sakit misteri... Beri bayangan bakal tampil sepentas

Mawi (kiri) kenang kisah lama bersama Syamsul.

PENYANYI Mawi berkongsi kisah lama mengenai sahabatnya iaitu pengarah Syamsul Yusof, yang pernah membantu ketika dia berdepan waktu sukar.

Malah, Mawi atau Asmawi Ani, 45, mendedahkan rakan baiknya itu bertindak memberikan rawatan ketika dia mengalami sakit misteri.

"Dia sahabat aku dalam susah dan senang. Waktu aku terlantar 'mati hidup semula' kena sakit misteri dulu, dialah orang yang datang jumpa aku.

Mawi beri bayangan bakal berkolaborasi dengan Syamsul.

"Dialah orang yang merawat dan meruqyah aku. Dia datang dengan penuh keikhlasan sebagai Syamsul Yusof. Dengan izin Allah, aku sembuh," katanya.

Mawi menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instagram miliknya selepas mereka mengadakan pertemuan.

Lama menyimpan rahsia tersebut, penyanyi itu turut berseloroh memohon maaf kerana mendedahkan cerita berkenaan kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Mawi nak buat konsert berskala kecil untuk 3,000 peminat, ramai setuju harap kali ini jadi

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Mawi batal, bukan keputusan mudah namun terpaksa

Malah, dia sempat memuji Syamsul yang kini kelihatan lebih tegap.

"Aku minta maaf sebab pecahkan rahsia ini. Kau mesti marah aku," ujarnya.

Pertemuan mereka itu juga seakan-akan memberi bayangan Syamsul bakal muncul membuat persembahan dalam konsert The Journey of Mawi World yang dijadualkan berlangsung pada 8 November.

Syamsul menyambut baik tawaran Mawi.

Sementara itu, Syamsul sendiri dalam perkongsian di Instagram memberitahu bahawa Mawi telah mengajaknya membuat persembahan pembukaan pada acara tersebut.

"Mawi ajak saya buat opening untuk konsert dia. On tak, on gang?" tanyanya kepada peminat.

Untuk info, Mawi dan Syamsul pernah tampil berkolaborasi menerusi lagu berjudul Kalah Dalam Menang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain